Tuesday 18 November 2008

Perlantikan Kroni UMNO Sebagai Ketua Hakim: Gangsterisme Versi Baru Dalam UMNO

Read here article by Mahfuz Omar


Quote:

".... Tan Sri Zaki Tun Azmi baru sekitar dua tahun menjadi hakim kanan dan terus dilantik sebagai Hakim Mahkamah Persekutuan, kemudian menjadi Presidennya. Akhirnya dalam masa yang singkat menjadi orang nombor satu di Istana Keadilan.

Sebelum ini, Tan Sri Zaki memegang beberapa jawatan dalam Umno. Yang terakhir ialah Timbalan Pengerusi Lembaga Disiplin Umno.

Bagaimana seorang hakim tidak bebas politik mengetuai Badan Kehakiman di negara ini?

Individu yang berprofil tinggi yang hendak didakwa dahulu, sehingga matipun kes mereka tidak selesai. Sesiapa yang rapat dengan Perdana Menteri sebagaimana rapatnya VK Lingam itu, maka mereka akan terlepas dari undang-undang.

Agaknya kerana itulah Tan Sri Zaki "diberahikan" sangat oleh Perdana Menteri untuk dijadikan Ketua Hakim Negara. Sekurang-kurangnya boleh diselamatkan anak menantunya (Khairy Jamaludin) dari didakwa.

Gangster versi baru dalam Umno ini mungkin mahu membawa orang-orang yang tidak mencalon atau mengundi mereka kemuka pengadilan. Kerana itu para menteri pun ketakutan.

Almaklumlah... ketua hakim kroni mereka sekarang!
-Mahfuz Omar



oleh

Mahfuz Omar


TIDAK semena-mena Ketua Hakim Negara yang baru, Tan Sri Zaki Tun Azmi memberi ingatan kepada para hakim supaya tidak menerima rasuah ketika berkhidmat kerana mereka menerima gaji daripada wang rakyat. Betul kata Tan Sri Zaki itu.

Tetapi beliau sendiri dilihat oleh rakyat sedang memakan wang rakyat secara tidak betul kerana menjawat jawatan yang tidak layak baginya.

Baik dari segi senioriti mahupun integriti, kedua-dua tidak ada pada Tan Sri Zaki. Dia baru sekitar dua tahun menjadi hakim kanan dan terus dilantik sebagai Hakim Mahkamah Persekutuan, kemudian menjadi presidennya dan akhirnya dalam masa yang singkat menjadi orang nombor satu di Istana Keadilan.

Tetapi yang banyak diragui rakyat adalah tentang hubungan langsung Tan Sri Zaki dengan parti pemerintah kerana sebelum ini beliau memegang beberapa jawatan dalam Umno. Yang terakhir ialah Timbalan Pengerusi Lembaga Disiplin Umno.

Bagaimana seorang hakim yang tidak bebas politik mengetuai badan kehakiman di negara ini?

Mungkin kerana hendak menuetralkan anggapan ini, hakim lain diberi amaran. Apapun, rakyat tetap melihat perlantikan ini sebagai natijah projek integriti palsu yang menjadi legasi Abdullah Badawi.

Dasar-Dasar Kronisme dan Perkauman

Ketika mula menjadi Perdana Menteri pada 2003, Abdullah Badawi melancarkan perang terhadap rasuah dan menyusun pelan integriti kerajaannya sehingga rakyat kagum dan BN menang besar pada 2004.

Tetapi, kerana dasar-dasar kronisme dan perkauman beliau, dalam masa empat tahun sahaja sokongan itu sudah hilang.

Lima tahun selepas Abdullah Badawi mengisytiharkan perang terhadap rasuah, kajian Institut Integriti Malaysia (IIM) menunjukkan bahawa 53 peratus responden mengatakan tahap rasuah di Malaysia tinggi. Itupun dengan 67 peratus respondennya adalah suri rumah yang tidak terdedah dengan maklumat semasa. Jika IIM meninjau pandangan ahli-ahli politik, kakitangan swasta, ahli akademik dan mahasiswa, mungkin data ini berubah dengan drastik!

Apa tidaknya kerana semua orang tahu siapa yang berkuasa di tingkat 4 JPM dan menantu siapa yang membolot kekayaan negara. Individu yang berprofil tinggi yang hendak didakwa dahulu, sehingga matipun kes mereka tidak selesai. Semuanya permainan silap mata Abdullah Badawi!

Sesiapa yang rapat dengan Perdana Menteri sebagaimana rapatnya VK Lingam itu, maka mereka akan terlepas dari undang-undang.

Agaknya kerana itulah Tan Sri Zaki "diberahikan" sangat oleh Perdana Menteri untuk dijadikan Ketua Hakim Negara.

Sekurang-kurangnya boleh diselamatkan anak menantunya dari didakwa.

Bila menyedari nasibnya sudah dihujung tanduk, Khairy Jamaluddin cepat-cepat mencabar Mukhriz Mahathir supaya berdebat menyatakan visi masing-masing. Hendak dipertahankan mereka parti yang menghidap "sakit tua" itu.

Rata-rata pemerhati politik mengatakan debat itu hanya helah Khairy sahaja untuk mendapatkan jawatan idamannya. Dia tahu perwakilan sudah meluat dengan kegiatan 'mencuri' duit rakyat dan kerana itu wang yang ditaburnya gagal membeli undi perwakilan pemuda.

Politik Wang Dalam UMNO

Mukhriz berkali-kali bercakap soal politik wang yang digunakan untuk membeli jawatan tertinggi dalam sayap pemuda itu. Rais Yatim pun berkali-kali berkata Umno akan terkubur apabila politik wang terus diamalkan dalam parti itu sehingga beliau mencadangkan ditenderkan sahaja jawatan-jawatan partinya.

Pun begitu, di sebalik dakwa-dakwi tentang politik wang yang semakin membarah dalam Umno, orang yang dikatakan "taukeh" politik wang ini masih susah hendak mendapat pencalonan. Apa sebabnya wallahualam.

Kerana gagal dibeli undi inilah maka timbul pula cerita baru dalam politik Umno.

Kata Setiausaha Agung Umno, dia pun terima juga SMS ugutan dari Singapura. Menteri yang jaga harga minyakpun berkata perkataan yang serupa. Ugut dan ancam yang dahulunya sering digunakan ke atas penyokong pembangkang, kini menular dalam parti itu sendiri.

Politik Gangsterisme

Nampaknya Umno juga sudah menjadi seperti MCA.

Tentu kita masih ingat sewaktu Presiden MCA, Ong Tee Keat menjadi ketua pemuda dahulu isu gangsterisme dalam parti perkauman Cina itu heboh diperkatakan. Seorang yang dipanggil Jackie Chan dikatakan mengatur semua jawatan tertinggi MCA menggunakan pengaruh gangster. Sebab itu, Ling Liong Sik dikatakan bertahan lama, tetapi akhirnya Jackie Chan disumbat ke Simpang Renggam sahaja.

Politik gangster dalam MCA menyebabkan parti itu huru-hara sekian lama dan baru sekarang ini Ong Tee Keat mendapat kuasa. Ini pengalaman MCA yang tidak diiktibarkan oleh Umno.

Orang Umno hanya mahukan kuasa, bagaimana caranya... bergantung pada matlamatnya!

Dahulu Umno beberapa kali cuba melaksanakan politik gangster ini. Abdullah Badawi tentu tahu bagaimana bapanya ketika memimpin Pemuda Umno pernah menubuhkan 'Barisan 33' yang bersenjata sehingga diharamkan British. Kemudian Senu Abdul Rahman ketika melancarkan Revolusi Mental menubuhkan Pemuda Tahan Lasak yang diketahui umum tahap keganasannya terhadap parti lawan.

Dan kerana Najib Razak ketika menjadi Ketua Pemuda Umno menyeru ahli-ahlinya membawa walaupun sebatang mancis ketika berbalah dengan MCA pada 1987, saya terpaksa meringkuk dalam ISA. Hari ini, mereka tidak lagi mengugut menggunakan senapang atau batang mancis, tetapi hanya bersenjatakan SMS!

Cerita-Cerita Wakil Rakyat Kena Bunuh

Sudah banyak kali juga kita mendengar cerita-cerita wakil rakyat kena bunuh. Dahulu wakil rakyat PAS seperti Cikgu Tahrim Arifin dan Abdul Samad Ghul Ahmad dibunuh ketika zaman Pemuda Tahan Lasak.

Dalam Umno, pembunuhan Speaker Datuk Taha oleh Menteri Belia dan Sukan dahulu tentu masih dikenang oleh Rais Yatim.

Pembunuhan Dr Joseph Fernandez di Lunas tidak dikaitkan dengan politik, tetapi pembunuhan wakil rakyat MIC di Johor dahulu belum usai lagi siasatannya.

Demikianlah budaya gangster dalam politik BN di negara kita. Jika tidak ada pemimpin pembangkang yang hendak "dibelasahnya", sama sendiri pun boleh juga.

Bak kata pepatah Arab, "Api jika kehabisan kayu, akan membakar sesama sendiri".

Tidak diketahui dengan jelas apakah kandungan sebenar ugutan dalam SMS yang dikatakan oleh Sharir Samad itu. Tetapi nampak takut benar beliau. Mungkin ugutan yang seperti dulu-dulu juga agaknya. Sekurang-kurangnya ugutan itu melibatkan pendedahan kegiatan haram mereka, seperti mana Chua Soi Lek ditelanjangkan dahulu.

Amalan rasuah dan salah guna kuasa memang perkara biasa bagi pemimpin BN. Dan ini boleh menjadi senjata pada musim pemilihan jika ugut dan ancam mahu digunakan.

Gangster versi baru dalam Umno ini mungkin mahu membawa orang-orang yang tidak mencalon atau mengundi mereka kemuka pengadilan.

Kerana itu para menteri pun ketakutan. Almaklumlah... ketua hakim kroni mereka sekarang!

RELATED ARTICLES

From New Straits Times , 6 August 2005. Read here article by A. Hafiz Yatim

Excerpts:
".. ( In June 2005)Tan Sri Zaki Azmi took a second wife quietly in a ceremony in a textile shop in Perlis . Both he and Nor Hayati Yahaya, 32, agreed to burn the original marriage certificate to hide the marriage from his first wife.

They also reached an agreement before the marriage that if the relationship soured, they would let each other go. The relationship unravelled on July 10. After disagreements and a number of disturbing text messages, he divorced her on that day.

Since then, he alleged that he has received various threats from Nor Hayati. She allegedly demanded RM10 million and urged him to register their marriage. Tan Sri Zaki is now seeking a declaration from the Lower Syariah Court here that his second marriage is null and void.

In his statement of claim filed on July 26, Zaki said that Nor Hayati and he were married in May this year in a ceremony presided by a kadi from Thailand. After the ceremony, both the newly-weds signed a form, which was written in Jawi and Thai.

He sought legal advice after the divorce and was told that his marriage may not have been legal under the local Syarak and Syariah law. The 59th Federal Territory Consultative meeting states that a marriage performed by a Thai kadi outside his jurisdiction in Thailand is considered void..."
From Bar Council Website Forum: (8 November 2008) Read here for more
Tan Sri Zaki Azmi confessed that he bribed court officials when he was a
lawyer - this is clear from the New Straits Times report:
"What I am telling you is not fiction but based on my own experience in private practice," he said at an integrity convention here.

Recalling an incident in 1987, Zaki said he was "blacklisted" when he complained to the chief registrar of two missing files belonging to his clients.

"It took me six months to be nice, to bribe each and every individual to get back into their good books before our files were being attended to.

"That was my personal experience, and I am telling this to
all the clerks and all the registries to stop this nonsense and I know this is happening, even as late as last week... a lawyer came to see me."


He added that the clerk asked the lawyer to come the next day to
collect the file after saying "tapi jangan lupa, ya", signalling him to come with cash.

- New Straits Times, 8/11/2008
The law is clear, and one such provision that makes it an offence is Anti-Corruption Act 1997.

COMMENTARIES

From "Kamal Talks" blog: Read here

Excerpts:
It has been reported that the Conference of Rulers had endorsed the request made by the Prime Minister Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi to appoint Tan Sri Zaki Azmi as the next Chief Justice.

Tan Sri Zaki who was recently appointed as a President of the Court of Appeal has direct dealings with UMNO and had served in many positions in the political party and government institutions, which undermines his credibility for being fair and to uphold justice.

At the same time, Tan Sri Zaki had also carried out illegal acts like marrying a second wife by dubious means and later unable to register it. This only came to light at the divorce proceedings at the Syariah Court. It was reported that during the courtship days, he had confess that he will remain with her forever.

Since there are various disputable factors, Tan Sri Zaki Azmi SHOULD NOT be appointed as Chief Justice to preserve the independence of the judiciary and in upholding justice.

The rakyat, the stakeholders should be allowed to vote the next Chief Justice on their respective candidate credentials.


From Al-Husseyn Blog: Read here for more

"...Ketua Hakim Negara adalah satu institusi yang sangat dihormati.Malaysia sedang berusaha kearah memulihkan imej institusi kehakiman negara yang begitu tercalar akibat perlucutan jawatan Ketua Hakim Negara Salleh Abas suatu ketika dulu dan pelbagai lagi skendal sebagaimana yang didedahkan melalui isu klasik ‘correct, correct, correct’ .

Zaki Azmi yang disifatkan oleh PM Dollah sebagai ‘pembawa reform’ kehakiman, sebenarnya adalah sebaliknya. Zaki tidak layak menjadi seorang Hakim apatah lagi menjawat sebagai seorang Ketua Hakim Negara ; kata Karpal Singh dengan merujuk kepada kenyataan Zaki Azmi berikut :

'Ia mengambil masa enam bulan untuk menjadi baik, merasuah setiap individu supaya diterima semula sebelum fail-fail kami dilihat semula. Itu adalah adalah pengalaman peribadi saya, dan saya memberitahu perkara ini kepada semua kerani dan pendaftar supaya menghentikan perkara karut ini'.Lihat laporan di sini

Perlantikan Azmi sebagai Ketua Hakim Negara , sebenarnya adalah satu komplot jahat Umno.

Gelaran Tan Seri dan Tun adalah gelaran terhormat.

Bagi saya , Zaki tidak layak menggunakan gelaran tersebut melainkan beliau sanggup bersara dengan terhormat; itupun jika benar beliau mempunyai secebis harga diri.
-"Al-Husseyn"

3 comments:

Anonymous said...

The ghosts of the 1988 Judiciary fiasco are not yet exorcised. If anything, the ghosts are still very much alive and working their sinister schemes. The good and holy are played out on the wayside. The scums and unholy are are usurping all the prime seats and becoming the Devils to lead the flock. Such is the politics of the Barisan. They infiltrate into the Executive, Legislative and Judiciary to wreck irreparable harm on this Nation. When you get the Police out to disperse virgils and arrest them holding white candles, you all know what this country is becoming. And they are doing these in the name of their race and religion. Don't cry for me, Malaysia.
malsia1206

Unknown said...

Thursday, October 30, 2008
Is outcome of Munawar's appeal indicative of what we can expect from Zaki Azmi...new Boss of the Malaysian Judiciary
Chief Justice Zaki Azmi beginning to throw his true colours...


Will he be able to be INDEPENDENT of UMNO and his past friends, and be able to be concerned only with justice...

Will he be a progressive judge only concerned with JUSTICE - not fearful of developing the law so that justice be done...or will he just remain a tool of UMNO and his 'old friends'.

Also noted that Zaki Azmi was a businessman with involvement in a string of companies - and if so, he must recuse himself from any case involving those companies and/or related companies or even companies whereby his once fellow member of the Board of Directors or management is involved.


URL - http://mybaru.blogspot.com/2008/10/is-outcome-of-munawars-appeal.html

Anonymous said...

Any lingering hopes amongst Malaysians for the Reformation of the Judiciary can now only be a dream. The Tiger that has tasted flesh will not drink milk anymore. UMNO has , in all its arrogance and insensitiveness, led the goons to plunder and rape the Nation whilst nearly 80% of the population lives in misery and debts.

The BN cronies drive around in exotic SUVs and Limousines and gather in Penthouses of the likes of Le Meridian to have their nightly piccadillos and to possibly collect their loot at the same time. Women of various fame flock to these joints and it reminds one of the days when the Roman Emperors and Nobles feated for days on end whilst the masses eked out their living.

History is replete with what happened to those in Power clouded by arrogance and ignorance and King Philip of France and his Belover wife are examples of may other Kings and Queens and Presidents and such like who finally met with the wrath of the People.

Most of the goons who acted on the bid of their Masters also suffered similar fates and our goons should take careful note of this aspect. The law of Karma is swift or slow. But it will unerringly target the person and return to him or her the self same harm in a larger dose.

The Mongolian people may then feel appeased.

There is no point in Pakatan Rakyat taking over the Government because it will be left with the "MAYAT" for which BR will serve as a new funeral suit.

The "MAYAT" of course is our Civil and Public services along with the estwhile uniformed services.

GOD have mercy on us all. What evil did we do to come to this terrible state of affairs.