Monday 3 November 2008

Utusan Malaysia MENIPU Pembacanya Tentang Kenyataan Presiden PAS Hadi Abdul Awang

PAS president Datuk Seri Hadi Awang has DENIED disagreeing with the appointment of Low Siew Moi as the acting general manager of Selangor State Development Corporation (PKNS), saying his remarks had been distorted by Utusan Malaysia in its weekend paper, Mingguan Malaysia. Sazali said Hadi Awang's statement was taken out of context and the Mingguan article had racial overtones.

Terengganu PAS Information Department deputy director Sazali Mat Noor said he had been instructed by Hadi to issue a clarification.

He said PAS website Harakah Daily has posted the full transcript of the press conference, held on Saturday night in Chukai near here. He said PAS state deputy commissioner Datuk Wan Mutalib Embong was also present during the press conference.“We recorded the full transcript of the statement,” he said here yesterday. Read here for more

Read here article in HarakahDaily

Akhbar Mingguan Malaysia (terbitan UTUSAN MALAYSIA) hari ini dengan cara yang paling TIDAK BERTANGGUNGJAWAB dan tidak professional telah MEMANIPULASI kenyataan Presiden PAS, Dato' Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang berkenaan pelantikan Low Siew Moi sebagai Pemangku Pengurus Besar Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS).

Seluruh rakyat Malaysia perlu menilai laporan yang disiarkan oleh Utusan Malaysia dan mengambil tindakan sewajarnya, memandangkan akhbar media perdana tersebut telah berkali-kali melakukan perbuatan melaporkan berita secara yang TIDAK tidak wajar.

Lima orang wartawan hadir dalam sidang media tersebut; Khairul Azlam Mohamad dari Harakah, Sazali Mohd Noor dari Jabatan Penerangan PAS Negeri Terengganu, Lee Yoon Sang dari Sin Chew Daily, Khairul Rizal dari Sinar Harian dan Zulkifli Manzor dari Utusan Malaysia.


Berikut disiarkan Transkrip Penuh Sidang Media Presiden PAS, Dato' Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang di Dewan Dato' Seri Amar DiRaja, Chukai Kemaman selepas merasmikan Ijtimak Kepimpinan PAS Kali Ke-12, semalam 1 November 2008 yang disiarkan oleh Buletinonline.

Lee: Dato' Seri boleh komen sikit tak itu.. isu Low Siew Moi dilantik sebagai pemangku PKNS nampak...aaa...bantahan dari PAS Selangor.

DS Hadi:
Saya baru balik daripada luar negara baru,aaa... sehari, tak dapat maklumat, dan saya memerlukan maklumat dari kawan-kawan Selangor, tak boleh beri...komen.

Lee: Pasal dia kata...bantah sebab bukan Melayu.

DS Hadi:
Iya...Saya kena dengar dari Selangor dulu.

D W Mutalib: Pelantikan tu pemangku kan.

Lee: aa...pemangku.

D W Mutalib: it is acting...so..its not a final decision.

DS Hadi:
Aaa..Kalau pemangku itu boleh.

Lee : Maknanya kalau pemangku itu boleh terimalah ke macamana?

DS Hadi:
Saya kena dengar keputusan Selangor dulu.

Lee: Sama dengan isu pemansuhan saham 30% Bumiputera, dapat tentangan dari PAS juga, So...macamana?

DS Hadi:
Itu juga saya mesti dapat penjelasan dari Selangor, kita tunggu baru balik dari luar negara, tak pergi lagi...apa nama ni...pejabat di Kuala Lumpur.

Lee: Dato' Seri beri komen secara am lah, kalau seseorang itu tidak diterima sebab dia bukan Islam, dilantikkan jawatan ini kalau disebabkan dia bukan Islam, so...alasan diberikan...

DS Hadi:
Sekarang.. semua pihak telah menerima sama ada PKR ataupun DAP, teras pemerintahan dan pentadbiran Negara mestilah orang Melayu Islam...sudah diterima..dalam masa yang sama tidak menafikan peranan semua kaum yang ada dalam negara ini...itu asas umum.

Khairul Rizal: Dato' Seri,ada pergolakan di antara Keadilan dan PAS dalam pembentukan kerajaan Baru...?

DS Hadi:
Kerajaan baru pun tak ada lagi...bagaimana kita nak bergolak, nanti ada kerajaan dulu lah.Kerajaan Pusatlah...kerajaan negeri kita dah selesai di mana apa nama ni...Kedah, Perak, Kelantan lebih awal daripada negeri-negeri yang dikuasai oleh Umno...lebih awal Kita semua tahu.Perlis berapa minggu baru selesai. Terengganu berapa minggu...dekat sebulan nak selesai...kita lepas pilihan raya tubuh kerajaan. Mungkin masud soalan tu kerajaan Pusat. Kerajaan Pusat kena tunggu dulu.

Sazali: Dengan perpecahan dalam Umno sekarang ini. Ada yang sudah untuk memasuki Pakatan.

DS Hadi:
Yang masuk pun dah ada.

Sazali: Dari pimpinan Umno?

DS Hadi :
Iya...ada pimpinan Umno yang masuk.

(Bandingkan dengan berita berikut yang disiarkan dalam Mingguan Malaysia oleh Utusan Malaysia( di-internet, dalam Utusan Online laman web) .




Berikut adalah petikan berita daripada muka depan Mingguan Malaysia
(Read here for more)



Hadi mahu penjelasan


Oleh ZULKIFLI MANZOR


2 November 2008

KEMAMAN 1 Nov - Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang tidak bersetuju dengan tindakan kerajaan negeri Selangor melantik Low Siew Moi sebagai Pemangku Pengurus Besar Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS).

Kata Abdul Hadi, sebagai sebuah negeri yang majoriti penduduknya orang Melayu dan beragama Islam, sistem pentadbiran sepatutnya diterajui oleh kaum tersebut.

Sehubungan itu, beliau akan meminta penjelasan Parti Keadilan Rakyat (PKR) Selangor berhubung pelantikan Siew Moi itu.

"Secara umum apa yang saya dapat katakan pemerintahan dan pentadbiran negara mestilah diterajui oleh orang Melayu yang beragama Islam. Saya tidak boleh komen lebih-lebih kerana perlu meminta penjelasan daripada rakan-rakan kami di Selangor terlebih dahulu,"katanya pada sidang akhbar selepas merasmikan majlis Ijtimak Kepimpinan Pas Terengganu di bandar Chukai di sini, hari ini.

Isnin lalu, Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim mengumumkan pelantikan Siew Moi yang sepatutnya bersara tahun ini tetapi dilanjutkan tempoh persaraannya sebagai Pemangku Pengurus Besar PKNS untuk tempoh setahun bagi mengambil alih tugas Pengurus Besar PKNS sekarang, Datuk Harun Salim yang akan bersara hujung bulan ini.

Ekoran keputusan itu, enam persatuan kakitangan PKNS menyerahkan memorandum kepada Abdul Khalid dan mendesaknya menarik balik pelantikan Siew Moi itu kerana dikatakan tidak memenuhi aspirasi penubuhan PKNS bagi membantu meningkatkan sosial dan ekonomi bumiputera.

Abdul Hadi berkata, Pas tidak boleh membuat sebarang pendirian berhubung keputusan yang dibuat oleh PKR di Selangor.

Menurutnya, pelantikan Siew Moi hanya sebagai Pemangku Pengurus Besar PKNS yang menjalankan tugas-tugas pengurus besar agensi itu.

"Jawatan Pengurus Besar itu masih belum sah dimiliki sepenuhnya oleh Siew Moi,"jelasnya.

Beliau berkata, isu pelantikan orang bukan Melayu itu juga bukan merupakan perkara dasar pentadbiran di Selangor kerana ia hanya melibatkan sebuah organisasi.

4 comments:

Anonymous said...

When the effect turn out the real heat, it's always best to look for scapegoats. But this face-saving turnaround always come a liitle late. Did they not blame on the Sin Chew reporter too for something that carried a little racial overtone? But the Sin Chew case was totally different because no spice was added in the report. Whatever, it shows Malaysian politics are dominated by high racial tones and rhetorics every day. If it's not race, then it just have to be the religion. Or the corruption and abuses. If this is what Barsian represents and their platform for holing onto power for the past 50 years, then it's time for the rakyat to rethink their priorities seriously. Polarisation in any form would drag this Nation down into the abyss, sooner or later.
malsia1206

Anonymous said...

Sekarang Umno Melayu yang berkuasa, satu kaum yang mendiskriminasikan bangsa diri. Berusha kuat menanam dosa dosa di tanah air ini.

Menyiram dengan hasab dengki, benci membencii dan tidak mengenal dosa pahala. Tapi dengan gaya kopiah dan berbahasa identiti islam supaya menutup keburukan diri.

Umno Melayu tidak takut pada Tuhan, tapi takut pada hantu

Pas takut pada Tuhan tapi tak takut hantu. Perbezaannya Umno Melayu diri adalah kaum syaitamn yang menjelma diri.

Maqbul said...

Maqbul

Assalamualaikum dan selamat sejahtera las few years also same...masa itu saya ahli UMNO dan dah mengundi 3 kali yang kali ke empat baru2 ini saya pangkah PAS cos this matters was happend @ 3 years ago..masa tu pangil la kenduri, nikah adik...yang datang dan tukus lumus ialah hamba Allah PAS dan seorang muka JKKP " Jin Kampung Kacau Penduduk" nie tadi seorang pun tak kelihatan but the difrent its that time My few brothers with UMNO " Untung, Mampuih Negara Oi.. " so no body apear..cos my both Parents with PAS....wonts we realise bertapa hibatnya PAS oleh kerana jaga silratulrahim maka My Few Brothers dicide...PANGKAH PAS THIS YEARS 2008 & bukan tu jer, tempat saya nie pun pengundi yang memankah PAS kebanyakan ialah Chinece & Hindu was 92% and Malay was only 8% but Iwill Pray for Masa Peralihan Kuasa & another 3 years time...we will se.....UMNO hanya sejarah dalam buku kat sekolah....kot....

Maqbul said...

Now days, Civilian tak bodoh macam dulu...Every house have computers...and Percayalah hanya orang kampung sahaja kena tipu coz kebanyakannya tak der computer and Internet exses.....percaya bulat2 on Midia & papers....Kesian kat Presiden PAS, Hadi Abdul Awang, Doakan agar beliau tabah

Maqbul.