Friday 24 April 2009

GAGASAN MELAYU PERAK (GMP) Presiden, Mohd Hilmi Ismail, Buat Laporan PALSU terhadap Malaysiakini

UPDATED !!

Read here for more in Harakah Daily

Presiden GAGASAN MELAYU PERAK (GMP) bertanya: "Bukankah Malaysiakini sama dengan Malaysia-Today atau blog lain?"

"Saya TIDAK tahu menahu tentang artikel itu. Saya diberitahu oleh kakitangan saya dan membuat laporan polis."

- Dr. Mohd Hilmi Ismail,
Presiden GAGASAN MELAYU PERAK

PEMIMPIN MELAYU
YANG MAHU BODEK RAJA-RAJA MELAYU
TETAPI KURANG CERDIK!



Presiden,
GAGASAN MELAYU PERAK

Keghairahan 'membela istana' mendatangkan musibah kepada Gagasan Melayu Perak (GMP) apabila pertubuhan NGO itu bertindak membuat laporan PALSU terhadap laman berita portal internet, Malaysiakini.

Mohd Hilmi dan gerombolannya telah membuat laporan palsu itu di Balai Polis Sungai Senam dekat Ipoh pada jam 5 petang semalam.

Laporan Bernama menyebut, Mohd Hilmi memberitahu wartawan bahawa laporan polis dibuat kerana GMP menganggap berita yang disiarkan Malaysiakini itu sebagai biadap dan tidak menghormati institusi istana Perak.

Mohd Hilmi juga berkata, GMP berharap Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Budaya mengambil tindakan terhadap laman sesawang terbabit kerana menyalahgunakan teknologi maklumat tanpa memikirkan implikasinya terhadap keselamatan negara.

Dalam laporan palsunya itu, Presiden GMP Mohd Hilmi Ismail mendakwa kononnya Malaysiakini telah menerbitkan artikel yang "menghina Sultan Perak, Sultan Azlan Shah, dan Raja Muda Perak, Raja Dr Nazrin Shah."

Artikel bertajuk "Raja Nazrin defends monarchy against ridicule" (Raja Nazrin pertahan institusi Diraja daripada dipersenda) kononnya diterbitkan Malaysiakini pada Selasa lalu.

Bagaimanapun pemeriksaan yang dilakukan laman web terbabit mendapati tiada berita seumpama itu diapungkan pada tarikh berkenaan.

Bagaimanapun seksyen Bahasa Malaysia Malaysiakini telah menyiarkan versi bahasa Melayu berita tersebut dengan memetik laporan Bernama pada 19 April. Pengerusi Bernama ialah Dato' Seri Anuar Zaini, seorang 'penasihat' istana Perak.

Malaysiakini yang kemudiannya menghubungi GMP pagi tadi bagi mendapatkan penjelasan berhubung laporan polis palsu itu dimaklumkan Mohd Hilmi bahawa beliau "tidak menyedari Malaysiakini telah menyiarkan berita seumpama itu sebelum membuat laporan polis".

"Saya tidak tahu menahu tentang artikel itu. Saya diberitahu oleh kakitangan saya dan membuat laporan polis," ujarnya.

Ketika ditanya sama ada beliau menyedari bahawa laporan polis palsu itu boleh memburukkan reputasi Malaysiakini, Mohd Hilmi bertanya:

"Bukankah Malaysiakini sama dengan Malaysian Today atau blog lain?"

Sehubungan itu Malaysiakini menuntut Mohd Hilmi menyiarkan permintaan maaf kerana membuat laporan palsu. Laman sesawang itu juga berkemungkinan akan mengambil tindakan terhadap Mohd Hilmi dan GMP

GAGASAN MELAYU PERAK MINTA MAAF

Bernama melaporkan: Gagasan Melayu Perak (GMP) hari ini menjelaskan bahawa laporan polis yang dibuatnya semalam tidak mempunyai kaitan langsung dengan laman web Malaysiakini berhubung artikel menghina Sultan Perak, Sultan Azlan Shah dan Raja Muda, Raja Dr Nazrin Shah.

Presiden GMP, Datuk Seri Mohd Hilmi Ismail berkata, " GMP memohon maaf kepada Malaysiakini kerana telah tersilap menyatakan ia adalah pihak yang menyiarkan artikel tidak bertanggungjawab itu."

COMMENTARY

Read here on Kickdefella Blog

Datukship for Hilmi

Hello brother Hilmi, kalau kemaruk nak pertahankan Istana, this is what you should do…

“Hilmi to file a police reports against ex Indonesion model’s mum for trying to tarnish the image of Malaysian Monarch from the state of Kelantan.

Hilmi confirmed that he had seen the photographs dated 31 March 2009 in Kickdefella that shows the ex model, now known as Cik Puan Temenggong of Kelantan looks visibly happy performing her new role.”

Ada faham Hilmi!

4 comments:

Anonymous said...

Saya sebagai seorang Orang Melayu merasakan tajuk saudara "...membodek Raja-Raja Melayu..." kurang elok dan tidak sopan.

Saya berpendapat saudara mempunyai tujuan untuk menyemai perasaan benci kepada Raja-raja Melayu. Ini satu hasutan (sedition).

Saya menuntut saudara supaya memperbetulkan tajuk ini. Semuga saudara dirahmati Allah. Jangan takbur.

Allah maha besar.

Anonymous said...

Raja bukan Allah. Presiden GMP yang bodoh dan bersifat perkauman bukan mahu membela Sultan. Jangan ingat orang Melayu bodoh.
Hasutan apa? Bodoh dan lagi bodoh, GMP

Anonymous said...

No matter what stupid and naive excuse he give, he already make a fake/false police report which is salah di sisi undang undang and he should face the concequences if Malaysiakini sue him. Salah tetap salah.

Anonymous said...

ayo mana dapat itu PhD?

Kalau kata bodoh kan marah pulak..

Cis! bikin malu kompeni aja.