Saturday 18 April 2009

Perak Crisis: The Federal Court is a National Disgrace

UPDATED !

Read here for more article by Tarmizi Mohd Jam

Judges in the Federal Court

  1. Tan Sri Dato' Seri Zaki bin Tun Azmi
    Chief Justice Of The Federal Court, Malaysia


  2. Dato' Nik Hashim bin Nik Ab. Rahman

  3. Dato' Sri Augustine Paul a/l Sinnappen

  4. Dato' Abdul Aziz bin Mohamad

  5. Dato' Haji Hashim bin Dato' Haji Yusoff

  6. Dato' Zulkefli bin Ahmad Makinudin



QUOTE

"...Saya tidak tahu APAKAH asas Mahkamah Persekutuan mengisytiharkan tindakan Speaker DUN tidak sah.

Dari mana mahkamah (tertinggi) mendapat KUASA berbuat demikian?

(Perkara 63 Perlembagaan Negeri Perak) hanya memberi kuasa kepada Mahkamah Persekutuan untuk mentafsir perlembagaan negeri.

Peruntukan ini TIDAK memberi lesen kepada mahkamah untuk berbuat sesuka hati dan membelakangkan perlembagaa
n."

- Profesor Dr. Abdul Aziz Bari


Excerpts: Read here for more

Meskipun keputusan mahkamah (tertinggi) mengisytiharkan tindakan Speaker DUN Perak menggantung Dato Dr Zambry Kadir mengecewakan banyak pihak, ia terpaksa diterima.

Demikian kata Profesor Undang-undang Dr Abdul Aziz Bari ketika diminta mengulas keputusan mahkamah tertinggi negara pada 16 April lalu bahawa Speaker V. Sivakumar tidak mempunyai kuasa menggantung Dato Dr Zambry Kadir.

Beliau BERSETUJU dengan pandangan bekas Hakim Mahkamah Rayuan, Datuk NH Chan yang mengkritik keputusan Mahkamah Persekutuan mengenai isu tersebut. ( Sila baca disini dan disini, pandangan Datuk NH Chan)

Dr Abdul Aziz Bari menyoal:
"Saya tidak tahu apakah asas Mahkamah Persekutuan mengisytiharkan tindakan Speaker DUN tidak sah.

Dari mana mahkamah mendapat kuasa berbuat demikian?"
Aziz Bari berpendapat mahkamah (tertinggi) telah bertindak diLUAR KUASA atau 'ultra vires'.

Beliau berkata, perlembagaan - baik negeri maupun persekutuan - tidak menyatakan dengan jelas kuasa-kuasa speaker dan selama ini undang-undang dan amalan yang ada baik di Malaysia dan seluruh Komanwel ialah ia tertakluk kepada budi bicara speaker dan ini dipandu oleh 'Standing Orders' atau peraturan dewan.

Ini mempunyai asas di dalam perlembagaan dan kuasa mentafsir 'Standing Orders' itu ialah KUASA MUTLAK Speaker.

Aziz berkata apa yang jelas ialah perlembagaan TIDAK membenarkan mahkamah mencampuri urusan dan prosiding dewan.

Katanya ini dinyatakan dengan jelas oleh Perlembagaan Persekutuan di bawah Perkara 72. Khususnya, 72(1) yang dengan jelas menyebut bahawa
"Sahnya apa-apa perjalanan dalam mana-mana Dewan Negeri tidak boleh dipersoal dalam mana-mana mahkamah".
.Mengenai soal pembahagian kuasa (separation of powers) pula Aziz mendedahkan Mahkamah Persekutuan memang masih kabur tentang konsep itu.

Ditanya mengenai Perkara 63 Perlembagaan Negeri Perak beliau berkata:
"Peruntukan itu hanya memberi kuasa kepada Mahkamah Persekutuan untuk mentafsir perlembagaan negeri. Peruntukan ini tidak memberi lesen kepada mahkamah untuk berbuat sesuka hati dan membelakangkan perlembagaan.

Setakat ini ia masih kabur dan kalau kita melihat isu ini dalam konteks pemisahan kuasa yang menjadi tunjang kepada perlembagaan itu, keputusan itu adalah keputusan yang SALAH.

Sesiapa yang tak percaya sila baca keputusan Mahkamah Persekutuan dalam kes Kok Wah Kuan (2008) yang menangani isu berkenaan.

Merekalah (ahli ahli politik) hakim yang sebenar dalam kemelut politik di Perak.

Apa yang malang ialah semua institusi yang sepatutya mempertahankan perlembagaan gagal berbuat demikian."
Aziz menyeru Ketua Hakim Negara, Tan Sri Zaki Azmi sebagai ketua badan kehakiman mengambil perhatian dan memberi penghakiman muktamad mengenai isu pemisahan kuasa yang menjadi idea pokok dalam konflik undang-undang mengenai kuasa speaker itu.

Beliau berharap Mahkamah Persekutuan mengeluarkan keputusan bertulis secepat mungkin supaya kita dapat mengetahui asas keputusannya.

Bagaimanapun, oleh kerana Mahkamah Persekutuan adalah mahkamah paling tinggi yang sekaligus memainkan peranan mahkamah perlembagaan maka isu itu terhenti di situ.

Aziz berkata terpulang kepada ahli-ahli politik untuk menjelaskan kepada rakyat isu yang sulit dan kontroversial ini.

Sebelum ini tokoh-tokoh dan NGO tertentu seperti Datuk Param Coomaraswamy (bekas Presiden Majlis Peguam), Prof. Dr Shad Faruqi dan ALIRAN meragui keberkesanan penyelesaian melalui jalan mahkamah.


RELATED ARTICLE

Zambry dan enam Adun BN TIDAK boleh hadiri sidang Dun Perak


by

Mohamed Hanipa Maidin

Excerpts: Read here for more

Saya sedar ramai yang ingin tahu kesan keputusan Mahkamah Persekutuan pada 16 April lalu yang memutuskan bahawa keputusan V.Sivakumar, Speaker Perak menggantung dan melarang Zambry dan enam Exconya hadir di Dun Perak selama 18 bulan dan 12 bulan adalah terbatal dan tak sah.

Ramai yang bertanya saya adakah keputusan tersebut bermakna Zambry dan enam exconya kini boleh menghadiri sidang Dun Perak?

Jika kita melihat kenyataan peguam Umno dan laporan akhbar pro-Umno seperti Utusan Malaysia (17.4.2009) mereka dengan tidak bertanggungjawab menyatakan bahawa Zambry dan enam exconya kini dibenarkan menghadiri sidang Dun Perak yang mungkin akan diadakan dalam masa terdekat.

Sebagai salah seorang peguam yang terlibat dalam kes tersebut, saya menasihati rakyat agar tidak terkeliru dengan kenyataan peguam Umno dan laporan akhbar Umno tersebut. Banyak yang mereka sembunyikan dan tidak jelaskan tentang apa yang sebenarnya berlaku di Mahkamah Persekutuan pada tarikh tersebut.

Marilah kita mulakan dengan melihat apakah perintah-perintah yang dipohon oleh Zambry dan enam exconya di dalam saman yang mereka kemukakan ke atas Sivakumar di Mahkamah Tinggi dan kemudiannya didengar di Mahkamah Persekutuan.

Sebenarnya Zambry telah memohon sepuluh (10) perintah Mahkamah dan dari sepuluh perintah tersebut Mahkamah hanya membenarkan dua (2) perintah sahaja.

Dua perintah yang dibenarkan oleh Mahkamah adalah seperti berikut:

  1. Pertama, perintah membatalkan keputusan V. Sivakumar yang menggantung dan melarang Zambry hadir di Dun Perak selama 18 bulan.

  2. Kedua, perintah membatalkan keputusan V. Sivakumar yang menggantung dan melarang enam exco Zambry untuk hadir di Dun Perak selama 12 bulan adalah terbatal dan tak sah.
Itu sahaja dua perintah yang Mahkamah Persekutuan benarkan pada 16 April lalu. Tidak lebih dari itu.

Adalah jelas Mahkamah TIDAK membenarkan LAPAN (8) perintah lain yang juga dipohon oleh Umno dan dihujahkan oleh para peguam Zambry dan pasukan peguam Sivakumar.

Apakah perintah-perintah yang dipohon oleh Zambry dan enam exconya tetapi tidak dibenarkan oleh Mahkamah Persekutuan? .

Mahkamah Persekutuan TIDAK MEMBENARKAN perintah-perintah berikut: Perintah untuk Mahkamah:

  1. .Mengisytiharkan bahawa keputusan Sivakumar (defendan pertama di dalam kes tersebut) menggantung dan melarang Plaintif Pertama (Zambry) menghadiri pada sidang Dun selama 18 bulan adalah ultra vires (bertentangan) dengan Undang-Undang Tubuh Negeri Perak, Perintah-Perintah Tetap Dewan Perhimpunan Undang Negeri Perak (standing orders) dan Enakmen Dewan Perhimpunan Undangan (Keistimewaan) 1959 dan/atau undang-undang yang berkaitan dan oleh itu adalah terbatal dan tak sah.

  2. . Mengisytiharkan bahawa perbuatan Sivakumar menggantung dan melarang Zambry menghadiri sidang DUN selama 18 bulan adalah menyalahi undang-undang.

  3. . Mengisytiharkan bahawa keputusan Sivakumar menggantung dan melarang Plaintif ke-2 hingga Plaintif ke-7 (enam Exco) menghadiri sidang Dun selama 12 bulan adalah ultra vires (bertentangan) dengan Undang-Undang Tubuh Negeri Perak, Perintah-Perintah Tetap Dewan Perhimpunan Undang Negeri Perak (standing orders) dan Enakmen Dewan Perhimpunan Undangan (Keistimewaan) 1959 dan/atau undang-undang yang berkaitan dan oleh itu adalah terbatal dan tak sah.

  4. Mengisytiharkan bahawa perbuatan Sivakumar menggantung dan melarang enam Exco menghadiri sidang Dun selama 12 bulan adalah menyalahi undang-undang.

  5. Mengisytiharkan bahawa Zambry dan enam Exconya adalah berhak menghadiri dan mengambil bahagian dalam semua sidang Dun dan menjalankan segala fungsi dan kewajipan mereka di dalamnya.

  6. Mengisytiharkan bahawa Dun Perak adalah tidak terikat dengan keputusan Sivakumar menggantung dan melarang Zambry dan enam Exconya menghadiri sidang Dun Perak.

  7. Mengisytiharkan bahawa Dun Perak adalah tidak terikat dengan apa-apa arahan, perintah dan/atau petunjuk Sivakumar yang berbangkit daripada atau berhubung dengan keputusan Sivakumar yang bertarikh 18.2.2009.

  8. Perisytiharan dan/atau relif lain yang difikir suaimanfaat oleh Mahkamah.
Sekali lagi saya ingin tegaskan di sini bahawa lapan perintah di atas yang Zambry dan enam exconya pohon TIDAK DIBENARKAN oleh Mahkamah Persekutuan.

Atas dasar itu jika peguam Umno atau akhbar pro-Umno mengatakan bahawa Zambry dan enam exconya boleh menghadiri sidang Dun Perak, jelas kenyataan itu bukan datang dari mana-mana perintah Mahkamah sebaliknya ianya hanya kenyataan tidak berasas dari peguam Umno dan akhbar mereka.

Bagaimanakah Umno boleh mengatakan keputusan tersebut bermakna Zambry dan enam Exconya boleh menghadiri sidang Dun Perak sedangkan Mahkamah dengan secara jelas tidak membenarkan perintah yang mereka pohon iaitu perintah bahawa Zambry dan enam exconya adalah berhak menghadiri dan mengambil bahagian dalam semua sidang Dun dan menjalankan segala fungsi dan kewajipan mereka dalamnya.

Kalau perintah tersebut dibenarkan oleh Mahkamah Persekutuan, barulah mereka boleh mengatakan Zambry dan enam exconya boleh ke sidang Dun Perak.

Saya harap penjelasan di atas sedikit sebanyak dapat menjelaskan bahawa apa yang Umno kata di media massa adalah tidak menggambarkan apa yang sebenarnya berlaku.

Sivakumar masih Speaker dan beliau masih berbisa. Jika Umno terus mengeluarkan kenyataan mengelirukan tidak mustahil mereka mungkin akan dipatuk oleh Sivakumar dan saya percaya patukan selepas ini akan membuat Umno menderita lebih panjang.

Saya juga ingin tegaskan di sini apabila Zambry dan enam exconya membawa kes mereka di Mahkamah dengan mencabar keputusan Sivakumar sebagai Speaker yang sah, mereka mungkin tidak sedar bahawa mereka sedang melakukan satu kesalahan kerana mendedahkan dokumen-dokumen rasmi Dun Perak tanpa mendapat kebenaran terlebih dahulu dari Sivakumar sebagai Speaker.

Marilah kita sama-sama tunggu dan lihat apakah yang berlaku selepas ini.

Tan Sri Zaki Azmi Must Now Do the Right Thing to Salvage the Integrity and Battered Reputation of the Judiciary


Read here for more

To the ordinary Malaysians it was a scandalous judgment that had discredited the FIVE judges and tarnished the judiciary beyond repair.

The decision of the Federal Court was termed as “a perverse judgment” by none other than the much respected and highly regarded N H Chan, a former Court of Appeal judge.

The Chief Justice of Malaya
Tan Sri Zaki Azmi must do the nation a favour by ordering the Federal Court to review its decision concerning the suspension of BN Menteri Besar Zambry Abdul Kadir and his six executive councillors.

The CJ CANNOT remain unconcerned and unperturbed over what has taken place.

He has to play his role as the guardian of the judiciary and salvage its reputation and restore people’s confidence in the rule of law. This act of the CJ would be perceived by thinking Malaysians as doing national service. It is imperative that he heeds this earnest and urgent call and orders an immediate review.

These five judges are responsible if Malaysians continue to be cynical and skeptical about our judiciary.

And we have to wonder how many brave and honest judges are left in the judiciary who will respect the Federal Constitution and remain true to their conscience in delivering justice.

If they are expected to dispense justice in a fair and impartial manner shouldn’t they have paid attention to the supreme law of the country? We have every right to expect them to be thorough before delivering their judgment.

It is beyond anybody’s imagination how these five learned judges could have ignored and discarded the provisions of the Federal Constitution.

N H Chan has referred to Article 72 which touches on the Privileges of Legislative Assembly. This is a very significant Article which had direct bearing to the case before the Federal Court and yet this was completely dismissed as inconsequential to the case.

These provisions confer certain rights and immunity to safeguard the sanctity of the Legislative Assembly which are spelt out very clearly. There is no ambiguity in what has been stated. Even laypersons have no difficulty in understanding these provisions:
72. Privileges of Legislative Assembly.

(1) The validity of any proceedings in the State Assembly of any State shall not be questioned in any court.

(2) No person shall be liable to any proceedings in any court in respect of anything said or any vote given by him when taking part in proceedings of the Legislative Assembly of any State or of any committee thereof.

(3) No person shall be liable to any proceedings in any court in respect of anything published by or under the authority of the Legislative Assembly of any State.
It is amazing that these five learned judges could have overlooked these very important provisions.

And we have to ask,
“Why?”

P Ramakrishnan
President
Aliran
18 April 2009

No comments: