Saturday 12 April 2008

PAS Has NO Problem With the Pig Production Project which was APPROVED by Previous UMNO-led BN-Government: So What's the Bloody Fuss?

From Kelate Baru Blog: Read here

Excerpts: Read here for more

"....PAS menyokong keputusan kerajaan Selangor melaksanakan projek ternakan babi berkelompok bernilai RM100 juta di Sepang dengan alasan orang Islam tidak berhak menghalang bukan Islam menternak dan memakan daging babi.

Pengerusi Jawatankuasa Tetap Pendidikan, Pendidikan Tinggi dan Pembangunan Modal Insan negeri, Dr Halimah Ali, berkata beliau dan dua lagi Exco Pas dalam kerajaan campuran itu menyokong penuh projek berkenaan selagi ia tidak mencemarkan alam sekitar.

"Kita tidak ada masalah, kita (Pas) sokong. Kita orang Islam hanya diharamkan daripada memakan daging babi, tetapi orang bukan Islam pula mereka makan babi, itu hak mereka," katanya.

Selain Dr Halimah yang juga Timbalan Pengerusi Lajnah Perpaduan Nasional Pas Pusat, dua Exco Pas dalam kerajaan campuran itu ialah Datuk Dr Hassan Ali (Pengerusi Jawatankuasa Tetap Hal Ehwal Islam, Adat-Adat Melayu, Infrastruktur dan Kemudahan Awam) serta Iskandar A Samad (Pengerusi Jawatankuasa Tetap Perumahan, Pengurusan Bangunan dan Setinggan).

Halimah yang ditemui selepas sidang akhbar sempena kunjungan hormat Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng di Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri di sini semalam, berkata Pas menyokong projek itu kerana ladang berkenaan bakal dibina dengan menepati piawaian antarabangsa.
Media Statement from the Office of the Selangor Menteri Besar

KENYATAAN MEDIA
09 APRIL 2008

PENJELASAN KELULUSAN KEPUTUSAN MESYUARAT EXCO BERHUBUNG PROJEK TERNAKAN BABI MODEN
DI LADANG TUMBUK, KUALA LANGAT

SHAH ALAM – Kerajaan Negeri Selangor hari ini ingin menjelaskan kelulusan projek ternakan babi moden yang akan dilaksanakan di Ladang Tumbuk, Mukim Batu, Kuala Langat yang kini hangat diperkatakan.

Merujuk kepada Mesyuarat Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Selangor pada 30 Januari 2008 lalu, mesyuarat telah mengambil Kertas EXCO-MTES No : 9/2/2008 dan mengambil keputusan untuk menimbang dan meluluskan pengambilan tanah seluas 337.09 ekar di Mukim Batu, Kuala Langat untuk tujuan Modern Pig Farming di bawah Seksyen 3(1)(a) Akta Pengambilan Balik Tanah 1960. Mesyuarat juga memutuskan bahawa Pentadbir Tanah dan Daerah Kuala Langat diminta menyegerakan urusan pengambilan balik tanah tersebut.

Segala pembiayaan kos pengambilan balik tanah tersebut akan dibiayai oleh syarikat swasta dan disalurkan kepada UPEN Selangor.

Sekretariat Akhbar
Pejabat Menteri Besar Selangor

Photobucket
The Muslim Hypocrites on Display in Selangor

Commentary

  • From "Kamal Talks" Blog: Read here for more
  • "...Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim has reiterated that it was the previous State government of the Barisan Nasional that approved the centralised pig farming project in Ladang Tumbuk, Mukim Batu in Kuala Langat, Selangor while the records showed that approval was given to acquire 136.4ha for the project under Section 3 (1) (a) of the Land Acquisition Act and the decision was made at an Executive Council Meeting chaired by former Menteri Besar Datuk Seri Dr Mohd Khir Toyo on January 30,2008 where it was also decided that the cost of the acquisition would be borne by a private company and the proceeds channelled to the Selangor State Economic Planning Unit.

    It may be in the best interest of Pakatan Rakyat to display the original Exco meeting minutes to the rakyat so that they will not have doubt as to whom they need to point their fingers to.
  • From MP Teresa Kok: Read here

    "... Utusan Malaysia played up on planned modern pig farm in Selangor state. Today, that paper continued its nasty job by publishing series of interviews with people who don’t agree with pig farm to be set up in Selangor. The paper published the interviews of PAS excos and even Khir Toyo.

    The biggest joke is, the modern pig farm project was approved by the BN state government in January 2008 and we are only continuing the planned task, and now Khir Toyo himself criticised (Pakatan Rakyat State Govt) for approving the pig farm project. ..What a joker...."
  • From Reader of Malaysia-Today: Read here
    "...Everyone been focusing on the wrong part of this pig issue.

    The issue is not the pig farming itself but the smell and environmental effect of current pig farms all over the country. There are a lot of illegal and uncontrolled farms out there.

    I fully support the proposal because it has nothing to do with Islam like many has pointed up before. A word of caution tho, in implementing this modern pig farming, the state government must pledge that all current pig farms around the state will be relocate to the new facility. The farmers MUST co-operate and relocate their farms. There's no point building a modern farm when the farmers themselves do not want to operate there.

    The state government must also pledge to clamp down on all new/illegal farms after the new facility operates. We do not want to see a certain quarter take advantage and try to be the champion of illegal farms once the new facility is up and running. No compromise. The main objective is to relocate and be the ONLY and MODERN pig farm in Selangor. It's all about controlling and good management of the pig industry to avoid pollution.

    Make sure the new facility is far from housing area. A complete study needs to be done before implementing it. All loose end must be tie up properly and don't take anything for granted as it may be used as ammo by UMNO later.

    Remember, this will not push anyone sensitive button if implemented right.

    It's certainly NOT about ISLAM!

    It's about a safer, controlled,non polluting and odorless, modern pig farming. It can be done and done properly, nobody will become the victim whether the RAKYAT, farmers or government! (well probably the BN ppl!!)..."

  • From "Tinta Rerak"- A Reader on Teresa Kok's Blog: Read here for more
  • "....Kepada para pembaca yang budiman, saya MINTA dan RAYU agar membaca komen saya ini dengan berlapang dada serta minda dan hati yang terbuka sebagai seorang dewasa yang waras dan matang.

    Saya seorang lelaki berusia 29 tahun. Saya seorang Muslim. Saya seorang Melayu. Saya seorang warganegara Malaysia yang telah 8 tahun layak mengundi, dan saya tak pernah terlepas walau sekali pun. Saya seorang penyokong dan pengundi PAS.

    Dalam Islam, yang HARAM berkenaan dengan babi adalah:-
    1) Memakannya dan menyediakan hidangan tersebut kepada orang, baik yang Muslim atau yang non-Muslim

    2) Memasaknya dan yang berkaitan dengannya

    3) Berniaga / bekerja dengannya dan segala yang bersangkut-paut dengan kegiatan perniagaan / perdagangan dengannya (HARAM memakan / mengaut hasil daripada sebarang kegiatan tersebut)

    4) Menternaknya dan mengagih-agihkannya

    5) Memakai @ menggunakan sebarang produk daripadanya
    SENTUH secara SENGAJA adalah TIDAK HARAM, namun IANYA SANGAT2 TIDAK DIGALAKKAN.

    Kalau TERSENTUH, ia tidak mengapa kerana dalam Islam, ada kaedah yang tertentu tentang cara nak menyelesaikan permasalahan sesuatu perkara, termasuklah jika tersentuh babi ini dan yang seangkatan dengannya.

    Setiap Muslim diminta menjauhi babi, TETAPI BUKAN MENGHALANG ORANG YANG BUKAN ISLAM DARIPADA MELAKUKAN APA-APA TERHADAP BABI, kerana itu adalah HAK mereka, dan Islam tidak pernah sekali-kali menyuruh umatnya merampas hak orang yang bukan Islam.

    MELIHAT atau MENONTON babi juga TIDAK HARAM. Namun, tidak digalakkan juga melihat atau menontonnya jika tiada sebab yang kukuh. Sekadar melihat untuk mengetahui rupabentuk haiwan tersebut, itu tak apalah. Itu sudah memadai. Malah memang dituntut supaya setiap Muslim berilmu.

    Kalau tak pernah tengok babi, macam mana nak tau rupabentuk babi tu? Macam mana setiap Muslim nak menjauhinya? Fikir itu pun dah cukup. Tapi janganlah saja suka2 nak tengok, dan jangan sampai jadi tabiat pulak.

    Oleh sebab itu, pendirian saya di sini menegaskan bahawasanya, SEPATUTNYA setiap Muslim tak kira di mana, sama ada di Malaysia atau bukan, agar TIDAK BERASA TERSINGGUNG jika YB Teresa Kok memaparkan gambar 5 ekor atau berapa ekor sekali pun babi panggang dalam majlis sambutan kemenangannya itu!

    Teresa bukannya seorang Muslim, dan orang ramai yang hadir dalam majlis makan babi panggang tu pun tiada seorang pun yang Muslim. Jadi, KENAPA NAK TERSINGGUNG? ITU HAK TERESA!

    TAK TIMBUL soal sentimen orang Melayu berasa tersinggung, apa yang perlu ditekankan di sini ialah, kalau ada orang Melayu yang melayari webpage (Teresa Kok) dan ternampak gambar2 tersebut, janganlah ditengok lagi.

    Memang hakikatnya setiap Muslim memang tak suka pun nak melihat babi ni.

    Tapi, SIAPA SURUH bagitau “Teresa, janganlah letak gambar babi ni (di webpage Teresa Kok). Kami yang Muslim ni tersinggung.”

    Siapa suruh tengok kalau dah tak suka? Janganlah tengok lagi. Tengoklah gambar yang lain pulak! Teresa bukannya Muslim yang Muslim nak suruh dia tarik balik gambar tu! Itu dah kira menyinggung hak dia sebagai seorang yang non-Muslim di negara penduduknya Muslim ni!

    Sebenarnya, bukan minda tak terbuka, tapi ada Muslim sendiri yang tak faham dengan hukum-hakam Islam. Tu lah yang payah.

    UMNO pun main peranan juga dalam hal ini kerana menyebabkan ramai Muslim di Malaysia tak memahami dan tak menghayati Islam secara yang sepatutnya. UMNO memang patut dipersalahkan (walaupun tak 100%!)

    Jadi, saya sangat2 berharap… Kepada yang Muslim, KETAHUILAH HAK2 ANDA sebagai seorang Muslim yang sebenar, yang sejati, yang baik, dan yang mulia.

    Dalam Islam sendiri dah termaktub tentang cara2 nak bergaul dan berjiranan serta bermasyarakat dengan golongan yang non-Muslim. Baca, belajar, hayati, dan amalkan! Islam itu KEAMANAN!

    Negara yang sekular atau Negara Islam? Negara Islam tidak menafikan hak warganya yang non-Muslim. Begitu juga warga Muslim yang dah biasa hidup dalam negara sekular sebagaimana Malaysia sekarang ini.

    Cuma bagi yang Muslim, memanglah wajib menubuhkan negara Islam. Tapi kalau dah suara majoriti nak negara sekular, terpaksalah menerimanya juga, sebab itu suara majoriti.

    Saya mengharapkan semua Muslim di Malaysia dan non-Muslim di Malaysia tahu hak masing-masing, hidup dalam aman damai, bersatu padu dalam kebaikan, dan dapat menikmati kemakmuran yang seadilnya. Itulah harapan besar saya...."

    No comments: