Thursday 6 August 2009

Hassan Ali, Kau Ni Ahli Parti Pembangkang (BN/UMNO) Negeri Selangor Kah ?

Perangai Tak Betul !
Kaki Menunjuk Pandai Kepada UMNO


Read here and here and Here for more

Menjelang pilihan raya kecil Permatang Pasir yang akan datang , sekali lagi mereka serang menyerang di dalam media.

Menjelang pilihan raya kecil Manek Urai baru-baru ini, Naib Presiden PKR menyerang Exco kerajaan negeri Selangor. Dalam masa yang sama, Anggota Parlimen PKR menyerang Exco Selangor. Dalam pilihan raya Manek Urai, calon PAS menang dengan majoriti kecil iaitu 65 undi sahaja.

Dr Halimah Ali, Exco kerajaan negeri Selangor, dalam kenyataannya selepas pilihan raya Manek Urai berkata, beliau bimbang antara punca kekurangan majoriti itu akibat dari perbalahan antara pemimpin Pakatan Rakyat di Selangor.

Kali ini, Exco Selangor,
Pesuruhjaya PAS Selangor Datuk Dr Hassan Ali mendesak agar Exco Selangor dari DAP, Ronnie Liu ditukar. Desakan ini BUKAN dibuat dalam mesyuarat Exco tetapi melalui sidang media.

Sehubungan itu, beliau mendesak rakan-rakannya agar 'jangan mencuci pakaian kotor mereka di tempat awam'.

M-Star telah melapor:


PAS Selangor hari ini mendesak kerajaan negeri menukar Exco Kerajaan Tempatan (kini disandang oleh Ronnie Liu dari DAP) sekarang ekoran campur tangan ahli-ahli politik dalam isu jual arak di negeri itu. Pendirian itu diumumkan oleh Pesuruhjaya PAS Selangor, Datuk Dr Hasan Mohamed Ali sebentar tadi.

Pesuruhjaya PAS Selangor, Datuk Dr Hasan Mohamed Ali berkata:
" PAS Selangor menggesa agar pemegang portfolio Pengerusi Jawatankuasa Tetap Kerajaan Tempatan dikaji semula atau ditukar berikutan dengan rentetan beberapa peristiwa sebelum ini.

PAS rasakan bahawa pemegang yang sekarang ini ada sedikit masalah, insiden terdahulu timbul sedikit permasalahan.

Perkara ini akan dibangkitkan dalam mesyuarat Majlis Kerajaan Negeri esok... Exco PAS akan bawa isu ini.

PAS Selangor tidak pernah menuntut agar arak diharamkan dijual atau diminum di kalangan masyarakat bukan Islam.

Inisiatif yang diambil adalah untuk membebaskan umat Islam Selangor dari pengaruh dan budaya arak yang haram hukumnya di sisi Islam dan bukan untuk mengganggu-gugat hak masyarakat bukan Islam."

Hasan yang juga Exco Hal Ehwal Islam, Adat-adat Melayu, Infrastruktur dan Kemudahan Awam Negeri Selangor berkata, beliau belum memaklumkan pendirian PAS itu kepada Menteri Besar dan Ronnie Liu sendiri.

Isu Penjualan Arak di Negeri Selangor

Menurut Hasan, PAS Selangor mendesak kerajaan negeri supaya serius membanteras penjualan arak di kawasan masyarakat yang majoriti penduduknya beragama Islam.

Katanya, kerajaan negeri perlu segera mengeluarkan garis panduan yang seragam bersesuaian dengan Enakmen Jenayah Syariah (Selangor) 1995 untuk diguna pakai di seluruh negeri supaya kontroversi berkaitan isu arak tidak berulang sehingga meresahkan masyarakat Islam.

Bagaimanapun menurut beliau, langkah sedemikian tidak membabitkan hak masyarakat bukan Islam di negeri ini.

Oleh itu jelasnya, PAS Selangor kesal apabila inisiatif untuk mengawal pengurusan penjualan dan aktiviti minum arak di kalangan masyarakat Islam telah dicampuri oleh pihak-pihak tertentu.

Keputusan terhadap gesaan tersebut menurut Hasan dicapai dalam mesyuarat Dewan Harian PAS Selangor kelmarin.

Minggu lalu, Ronnie Liu mengarahkan Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) supaya memulangkan bir yang dirampas di sebuah kedai serbaneka dekat sini.Kata beliau, ia perlu dipulangkan semula kerana salah faham.

Perkara itu juga telah dikecam oleh Umno Selangor.

Rampasan oleh Jabatan Perlesenan dan Penguatkuasaan MBSA itu dibuat selepas menerima aduan daripada penduduk setempat sejak beberapa bulan lalu yang tidak berpuas hati kerana mendakwa premis berkenaan menjual minuman keras kepada umat Islam.

RELATED ARTICLE

Selangor PAS Chief, Hassan Ali, Under Fire from OWN Party

Read here for more

The decision by Datuk Hassan Ali to call for DAP’s Ronnie Liu to be stripped off his local government portfolio is NOT sitting well even within his own party.

Shah Alam MP (PAS) Khalid Samad said yesterday that contrary to his claims the PAS commissioner had no business making such a call without consulting the party state liaison committee.

Hassan Ali had lashed out at his executive council colleague for “interfering” in the duties of enforcement officers who had seized beer from a 7-Eleven outlet which was located near a surau in Section 8, Shah Alam.

During a press conference on Tuesday Hassan said the decision to call for Liu's removal was made by the party's Dewan Harian, which met on Monday.

However, Khalid Samad said such a policy must be endorsed by the Liaison Committee, which is the highest decision-making body in Selangor PAS.

The Dewan Harian only comprises appointed office bearers who are in charge of the day-to-day running of the party in each state.”

A decision was made to return the beer the next day because Local Authorities have no powers to confiscate beer and this had been confirmed by Shah Alam City Council (MBSA) mayor Mazalan Md Noor who said the legality of the seizure was questionable.

Meanwhile, two other PAS leaders who did attend Monday’s Dewan Harian meeting said the issue of calling Liu to be stripped of his exco portfolio was NEVER discussed.

MBSA PAS councillor Izham Hashim said they were upset with Liu for reprimanding the MBSA officers directly instead of following protocol and allowing the mayor to discipline his own officers.

We wanted to issue a caution to Liu for his conduct which we feel is unbecoming but I cannot remember anything being said about removing the local government exco from his portfolio.

Another PAS leader, who spoke on condition of anonymity, said Khalid was glaringly left out of Monday’s meeting.

This is odd because he is the Shah Alam MP and the area where the beer waa seized falls under his jurisdiction.”

He added that he was surprised when he learned that Hassan had made the call for Liu to be stripped of his local government portfolio during the press conference.

“The issue was never discussed and we never agreed to call for such a move.”

Meanwhile, the move by Hassan has also caused a bigger rift between him and his Pakatan Rakyat colleagues.

A visibly upset state leader asked why Hassan was using the state secretariat to hold press conferences to attack his own exco colleagues.

If he was expressing his party stand, why was he using state facilities?” she said.

2 comments:

Anonymous said...

Could it be UMNO's money talking. Cannot get the big ones, the small power hungry ones will do.

IPOHKIA said...

Lagi satu katak terjelma di negeri Selangor, bukan Dr. tapi Dukun Hassan, terkejut dengan kata kata nya sebagai salah satu ADUN negeri Selangor. Rakyat Selangor sudah pilih salah calun di PRU 13, INI NAMPAK JUGA SEEKOR KATAK JELMA JUGAK, KALAU GINI SUASANA POLITIK SELANGOR, LEBIH BAIK FORGET ABOUT REFORMASI, LET BN rule for another 50 years, this is what Dukun Hassan wants, a country where MACC, POLICE,PM are all suspect or link to murder case, so this is what PAS wants, 27% of chinese in Permatang Pasir think before you vote for PAS, very disappointed after supporting PAS for 2 elections