Sunday 29 July 2007

UMNO Youth Deputy Chief, Khairy Jamaluddin Calls Malaysian Bloggers, "MONKEYS"

Read here by Bernama News and here for more on Gerbang Ruhanie Blog (in Bahasa)

Quote:

"There are no laws in the cyberworld, except for the law of the jungle.

As such, action must be taken so that the MONKEYS behave. "
-Khairy Jamaluddin,
UMNO Youth Deputy Chief



Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket



Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket
UMNO Youth Deputy Chief, Khairy Jamaluddin

Bernama reported:

TINDAKAN undang-undang perlu diambil ke atas penulis blog yang menyebarkan laporan berbentuk fitnah di laman blog mereka, kata Naib Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin. Katanya penulis blog sebegitu tidak pernah memikirkan sensitiviti orang lain.

"Tidak ada undang-undang di alam siber kecuali undang-undang rimba. Jadi tindakan harus diambil supaya ' MONYET-MONYET' lain takut dan mengambil iktibar daripadanya," katanya kepada pemberita selepas merasmikan mesyuarat perwakilan Pemuda Umno bahagian Papar, Kimanis dan Sipitang di sini hari ini. Read here for more
Bernama reported in English : Read here

"There are no laws in the cyberworld except for the law of the jungle. As such, action must be taken so that the "monkeys" behave," UMNO Youth Deputy Chief Khary Jamaluddin told reporters after opening the Papar, Kimanis and Sipitang Umno Youth annual delegates conference here today.

Khairy said there were some bloggers who thought they were above the law.

He said this when asked about Malaysia-Today webmaster Raja Petra Kamaruddin being called by the police for alleged seditious comments posted on it.

Khairy added that he too had been slandered on websites but had yet to take legal action because the case might take a long time to be settled.
NOTE: The Malaysian bloggers (ie 'Monyets/Monkeys' as classified by UMNO Youth Deputy Chief, Khairy Jamaluddin,) are :

Lim Kit Siang, Jeff Ooi, Ahiruddin Attan, Anwar Ibrahim, Bakri Musa, Azly Rahman, Ong Hock Chuan, Husam Musa, Malik Imtiaz Sawar, Zainol Abideen ("Mahaguru58"), Ronnie Liu, Ruhanie Ahmad, Raja Petra Kamarudin, Marina Mahathir, Nuraina Samad, Hajjah Fuziah Salleh, Rustam Sani, Ahmad Zaki Yamani, Faisal Mustaffa

A.Kadir Jasin, Bernad Khoo (Zorro) , Syed Shahir, Dato Shahrir Abdul Samad, Shieh ("Kickdefella") Haris Ibrahim, Kula Segaran, Imran Idris, Captain Yusuf Ahmad, Dr. Hsu Dar Ren, Husin Lempoyang, Hizami Iskandar, Susan Loone, Syed Imran ("Kuda Ranggi"), Nik Nazmi Nik Ahmad, Nizam Bashir, Zaharin Mohd Yasin ("Sang Kelembai"), Annuar Mohd Nor, Ibnu Hakeem, Hishamuddin Rais,

Amir Hafizi, Mohd Adib Nor, Nathaniel Tan, Zaharah Othman ("choc-a-blog"),Patrick Yeoh ("Niamah"), Fathi Aris Omar, Amin Yatim ("Cuit Sikit"), Khalid Jafar, Amin Iskandar, Ahmad A. Talib ("Pahit Manis"), Pak Idrus (In Passing -Malaysian") , Saari Sungib, etc .

Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket
UMNO 'Warriors' Against Bloggers
(Image courtesy of
Mob's Crib )

COMMENTARY

  • From Ruhanie Ahmad of "Gerbang Ruhanie" : Read here
    Malang sungguh nasib bloggers di Malaysia. Mula-mula mereka dicap sebagai penembak curi.

    Kemudiannya, mereka dijenamakan sebagai penyebar fitnah. Hari ini, menantu Perdana Menteri pula menyifatkan mereka sebagai “monyet-monyet” yang mengamalkan undang-undang rimba.

    Sebelum anda membaca kenyataan penuh Khairy Jamaluddin di bawah ini, cuba tanya pada diri kita sendiri, kalau seluruh jenama kepada bloggers di Malaysia itu boleh diterima oleh akal kita yang waras, kenapa agaknya kini banyak pihak jadi cemas, penasaran dan menggelabah sehingga ada yang membuat laporan polis terhadap sesetengah bloggers?

    Dan, kalaulah Khairy dah memang berniat nak saman Malaysia Today yang dikatakan sebagai pernah memfitnah dirinya, kenapa tangguhkan niat itu? Kenapa “khuatir” tindakan itu “akan mengambil masa yang lama untuk diselesaikan”?

    Bukankah Khairy disifatkan oleh banyak pihak di negara ini sebagai seorang anak muda yang paling berpengaruh pada ketika ini?

    Tunggu apa lagi? Samanlah Malaysia Today sekarang sewaktu Raja Petra Kamarudin kononnya sedang kelihatan terkontang-kanting akibat laporan polis oleh Ketua Penerangan UMNO Malaysia Rabu lalu?
  • From Ahirudin Attan of "Rocky's Bru": Read here
  • "... I should sue Khairy for calling me a monyet (monkey) .

    I have never called him BABI(pig) walaupun perangai dia macam babi . (translate: I have never called him a pig, although his behaviour is like a pig)

    Bila dia menangis sebab kena jual balik saham ECM yang disogok oleh Kalimullah, saya tak ada panggil dia buaya walaupun perangai dia rakus macam buaya dan dia menitiskan air mata buaya (crocodile tears, maksudnya menangis buat-buat).

    Kita semua boleh heret Khairy ke makhamah sebab panggil kita monyet tapi buang masa makhamah dan duit rakyat saja.

    Biarlah si Khairy macam tu, dah tak boleh nak ubat penyakit dia tu Datuk Ron.

    Lagipun, monyet tu binatang yang ada baiknya. Elok lagi dari babi atau babi yang menitiskan airmata buaya."

  • From "Sagaladoola" :Read here
    "Itulah kata Khairy kepada orang-orang Malaysia...

    Orang-orang Malaysia yang dipimpinnya dianggap sebagai haiwan yang dipanggil MONYET.

    Orang yang mengundikan UMNO dan BN dianggap MONYET.

    Orang yang memberikan dokumen hitam putih tetapi tidak disiasat dan terus diklasifikasikan sebagai fitnah.

    Inilah apa yang dianggap oleh saudara Khairy sebagai keadilan.

    Jadi, "monyet-monyet" sekalian... pilihanraya dah dekat ni... "
  • From "Ijadz". Reader in Malaysia-Today: Read here
  • ".. Monyet pun monyetlah kalau Monyet aje yang boleh membuat UMNO kecut perut dengan geng Monyet ni. Yang penting monyet diAlam Cyber mula mendapat pengiktirafan dari semua media & pemimpin UMNO sekarang.

    Hahaha...Kami sanggup jadi apa saja demi mendedah & melawan penyelewengan kuasa, rasuah & kemunafikan pemimpin UMNO.

    MONYET BERLAWAN GOLONGAN MANUSIA BACUL DI DUNIA. Ingat lagi BILA MONYET DIPERLUKAN OLEH UMNO.... Tengoklah MONYET dipikul. "
  • From "Tunku". Read here
  • "... Monkey himself calling others as monkeys. Finally kayjay(KJ) is back from holiday with the in-laws.

    If there are slanders against you why don't you follow the footstep of Mat Taib, lodge police report.so what if the case take a long time as long as it will clear all the slanders(if its really slanders) against you.
  • From "Pemerhati": Read here
  • "... Tidak ada gunanya kita layan budak KERA tu. Sepisis KERA mana faham tulisan manusia. Yang dia tahu tulisan di zoo saja. itu pun nasib baiklah manusia didik beri pelajaran.

    Kalau tidak kita kerana manusia yang mendidiknya, sudah tentu masih terlompat sana sini. Kesimpulan senang saja Dato' tidak perlu kita layan sepisis KERA belaan PM ini. Kalau di layan kita pula jadi bodoh.

    Kita golongan manusia telah Allah swt ciptakan. Jangan terlupa Allah ada juga mencipta KERA jadian di Putrajaya bernafsu haiwan."

  • From Husin Lempoyang: Read here in "Antics of Husin Lempoyang"
  • "... Jangan dilayan si KJ. ... Dulu dia kata biarlah blogger bersuara, itu hak masing-masing untuk bersuara dan ia mempertingkatkan perbincangan.

    Sekarang dia panggil blogger monyet.

    Dah rasmi beruk hitam yang suka main-main dengan pontianak. Lidah dia mesti macam ular.
  • From Amin Iskandar : Read here for more
    ".... Sekarang Khairy pula yang mendeklarasikan “peperangannya” dengan penulis blog apabila memanggil penulis blog sebagai “monyet-monyet”.

    Khairy yang tahu karier politiknya akan ditamatkan satu hari nanti oleh penulis-penulis blog menggunakan “sijil nikahnya” dengan Nori Abdullah Ahmad Badawi untuk memaksa kerajaan mengambil tindakan tegas kepada penulis-penulis blog.

    Khairy berkata yang Malaysia Today ada memfitnah beliau dalam ruangan “Khairy Chronicles”. Menurut beliau, tindakan tidak diambil oleh kerana prosesnya terlalu lama.

    Masa depan politik Khairy amat bergantung dengan nasib politik Najib. Jika Najib terkeluar, maka cerahlah harapannya. Kalau Najib menjadi Perdana Menteri, sudah pasti karier politik menantu Pak Lah itu akan berkubur.

    Sebenarnya, tujuan Khairy dan Norza menggesa kerajaan mengambil tindakan kepada penulis blog adalah sandiwara semata-mata.

    Sama-samalah kita melihat siapa yang akan tersungkur didalam pertembungan diantara Najib dan Khairy. Najib veteran UMNO manakala Khairy pula mempunyai sijil yang tidak dimiliki oleh orang lain iaitu “sijil nikah” dengan anak Pak Lah.
    Sementara itu, penulis-penulis blog harus bersatu.

    Jangan takut dengan ugutan Khairy dan Norza. kedua-dua ahli politik ini akan tersungkur ditangan penulis blog.
  • From Kamal Amir: Read here "Menantu PM membinatangkan penulis"
  • "... MAKA berkatalah Perwira Mat Lela Gila dari pentas Perdanasari kononnya kalangan penulis di halaman maya internet yang juga dikenali sebagai “bloggers” merupakan monyet-monyet di hutan rimba... Sedap mulut dia sahaja mahu menyumbat “bloggers” ke dalam penjara..... alahai anak omak, tidak dapat tanduk, telinga mahu dipulaskan.

    Belumpun habis tempoh satu penggal menjawat jawatan Naib Ketua Pergerakan Pemuda Umno, sudah ternampak watak dan belang anak yang tidak sedar diuntung ini memperagakan cara kepimpinannya. Selagi ada kuasa dipergunakan sehabis mungkin. Masyallah!

    Tergamak sungguh menantu Perdana Menteri “membinatangkan” sesama manusia.

    Bagaimana agaknya kalau dia marah kepada isterinya yang merupakan anak Perdana Menteri, mungkin berbakul sumpah seranah agaknya jika bapa mertuanya tidak mahu mengikut kehendak hatinya.. mungkin.

    Ekoran dari kenyataan tersebut maka berkokoklah para sidang wazir Abdullah Ahmad Badawi mahu memperlihatkan “kejantanan” mereka menentang suara-suara yang dicetuskan oleh kalangan bloggers yang telah dibinatangkan oleh Perwira Mat Lela Gila. Memang dasar pengampu dan penjilat yang tidak bermaruah!

    Apakah dengan pendedahan sebegini maka penulis “blogger” boleh dibinatangkan oleh Perwira Mat Lela Gila bernama Khairy Jamaluddin menantu kesayangan Abdullah Ahmad Badawi?

    Sungguh kurang sopan dan biadap perilaku seorang anak muda “julung berkeris” yang mahu menjadikan dirinya sebagai pemimpin...

    Setulus hati ingin saya menyatakan bahawa selagi nyawa di kandung badan, selagi boleh bernafas, selagi masih punya daya dan usaha, selagi ada upaya saya tidak akan mengizinkan manusia laknat bernama Khairy Jamaluddin menerajui kepimpinan negara tercinta ini.

    Selagi Khairy tidak menarik balik kenyataannya membinatangkan penulis sebagai “monyet” selagi itulah saya merasakan dia berhutang dengan kalangan penulis.

    Para penulis pengampu Khairy.... sedarlah diri kamu yang telah dibinatangkan oleh anak haram menjadah bernama Khairy Jamaluddin @ Perwira Mat Lela Gila.

    Alahai anak omak.

  • Read here in Husam Musa's Blog
  • "...Monyet???... Kurang manis bahasa itu. Tetapi itulah yang diungkapkan oleh Khairy Jamaluddin mengenai bloggers.

    Semua bloggers tentunya telah terbaca kenyataan Khairy Jamaluddin, hari ini, mengenai bloggers.

    Bahasanya kurang manis.
    Monyet.

    Melanjutkan logik dan istilah Khairy, elok kita bertanya :" Bagaimana pula dengan 'monyet' yang bergayut di laman web rasmi Perdana Menteri?" Sudahkah Khairy menemui mereka?

    Jika Ketua Penerangan UMNO Malaysia terbaca artikel ini, adakah beliau akan membuat laporan polis ke atas Perdana Menteri kerana menyiarkan tulisan berbau perkauman di laman rasmi Perdana Menteri?

    Perdana Menteri sudah tentu tidak menulis rencana ini. Beliau juga tidak mengendalikan laman tersebut. Beliau tidak bertanggungjawab pun terhadap penyiaran rencana ini.

    Kerana itu beliau tidak harus diambil tindakan.

    Tetapi mengapa pula tindakan perlu diambil ke atas blogger lain kerana ada komen liar, mungkin dari cyber troopers yang telah diupah khas untuk menyucuk masuk komen seperti itu ke dalam mana-mana blog untuk tujuan jahat mereka sendiri? Pada masa yang sama, sejumlah pegawai di Jabatan Perdana Menteri gagal menyemak apa-apa yang tersiar di laman rasmi bos mereka? Bagaimana itu boleh berlaku?

    Khairy sendiri tidak tersilau laman rasmi Mertua beliau?

    Semoga ini menyedarkan Perdana Menteri dan juak-juak beliau yang sedang bersiap menyerang blogger, supaya berfikir lebih waras dan matang.


  • From Rustam Sani, "Suara Rakyat" : Read here for more
    ".... Khairy Jamaluddin sampai menamakan para pengendali laman blog dan laman web itu sebagai “monyet” – sejenis haiwan yang tentunya paling rapat dengan perawakan dan tingkah lakunya sendiri.

    Bagi saya, para penulis komentar yang tidak terkawal itu – dan saya lebih gemar menamakan mereka para penulis grafiti ruang siber – merupakan kesan daripada wujudnya sekumpulan orang yang tidak dapat mengawal perasaan dan ingin meluahkannya.

    Akan tetapi, kerana kebebasan bersuara sudah begitu lama ditindas dan dinodai pihak berkuasa di negara ini, maka kebanyakan orang di negara ini sudah hilang kemahirannya untuk bersuara dan berwacana secara teratur, sopan lagi bertanggungjawab.

    Dan apakah jawaban para “monyet” panglima perang siber terhadap fenomena ini?

    Menurut maklumat yang didedahkan RPK, mereka kini menggaji berpuluh-puluh “monyet” mereka sendiri yang dibayar gaji lebih RM2000 sebulan seorang (dan dinamakan “cybertroopers”) – untuk menyumbang kepada kegiatan penulisan grafiti alam siber itu, bukan terhadap pengendalian laman-laman web dan blog yang bernilai lagi bertanggungjawab.

    Bagi saya, semua ini membuktikan bahawa perjuangan membebaskan media dan memantapkan kebebasan bersuara dalam masyarakat sahaja tidaklah memadai. Kebebasan media yang kita perjuangkan itu mestilah digandingi oleh peningkatan kualiti dan taraf wacana awam (public discourse).

    Jika tidak, kebebasan media dan hak bersuara itu hanya akan dimanfaatkan oleh para penulis grafiti atau para “monyet” yang saling bercakaran. Lebih berleluasa percakaran itu, maka akan lebih mudahlah para “monyet” tertentu menggunakan situasi itu untuk memfitnah para pengendali laman web dan laman blog yang bertanggungjawab.

    Para “monyet” inikhususnya para “monyet” dari kalangan parti politik pemerintah yang berkuasa – tidak mempunyai sebarang minat untuk menjernihkan mutu dan tahap wacana awam di negara ini, demi memurnikan sistem demokrasi kita.

    Jika demokrasi dan kebebasan menjadi cukup jernih dan murni, maka wajah huduh mereka akan menjadi lebih terserlah.
  • From "Cuit Sikit": Read here for more
  • ".... En. Khairy Jamaluddin,

    Monyet lebih bermaruah kerana cari rezeki tak tumpang kuasa bapa mertua.

    Monyet lebih bermaruah kerana kalau mahu kuasa tak minta tolong bapa mertua.

    Monyet lebih baik kerana sungguhpun undang-undang Rimba ia tetap ikut berbanding ada manusia tak ikut undang-undang manusia.

    Monyet lebih baik kerana tak cari untung cara mudah jual harta benda negara.

    Nota: Dulu bapa mertua panggil penentangnya Iblis, sekarang menantu panggil blogger monyet. "Dah elok lah tu."

    5 tahun lalu kata-kata seperti ini hanya keluar dari mulut pemimpin Pas, hari ini pemimpin UMNO sama sahaja. "

    1 comment:

    Anonymous said...

    kita jadi monyet ta apa...jgn jadi anjing orang cukup....anjing PM! lagi teruk kalau kita jadi devil of man that suppose to save our country. kalau kita monyet, dia lah anjing, devil.....lagi teruk . ha ha ha ha