Tuesday 29 July 2008

PAS Admits Lying and Apologises

Read here in Malaysiakini

Related Article:

Read BELOW or HERE the full text of the Open Letter of Apology in Bahasa by PAS Information Chief, Mahfuz Omar

Photobucket

PAS information chief, Mahfuz Omar today, APOLOGISED for LYING about PAS's meeting with Umno.

He claimed he was directed by certain PAS top leaders to do so.

Mahfuz, as the party's information chief, had in the past OFFICIALLY denied that PAS had met with Umno to discuss the possibility of jointly ruling Selangor.

He stressed that the denial was done in his capacity as the party's information chief and based on the instruction given to him by the party leadership and NOT made on his personal capacity.

He put the blame on a "few individuals that failed to give the real picture to party leaders".

Mahfuz, also the Pokok Sena MP, wants the "few individuals" to come forward and explain to party members and supporters the details of what had transpired in the meetings.

Mahfuz said he was also ready to face any criticism or punishment by party members following his "accidental mistake".

Mahfuz in a two-page statement issued today said,

"I write this open letter to sincerely apologise to all PAS members and supporters denying that the party had met with Umno.

Again I apologise for my misdemeanour.

" (A few individuals') decision to keep certain issues pertaining to the PAS-Umno meeting in the dark had prompted the party leaders to take the position of perceiving that no meetings between the both parties had taken place.

Because of these individuals, who had in the name of PAS and WITHOUT the knowledge of the party central working committee, did not provide detailed information on the matter, the party leadership had instructed me to issue the denial.

They must claim responsibility because this had happened due to their indiscretion.

I myself was surprised when they (Umno leaders) and PAS president (Hadi Awang) had confirmed that meetings DID take place, which was contrary to what I had stated initially.

I realised that history will not repeat itself but humans do make mistakes. I urge other PAS leaders to be honest to our members and supporters and to also focus on strengthening our political ties with our fellow Pakatan members...."



Permohonan Maaf Ketua Penerangan PAS Berhubung Isu Muzakarah

FROM HARAKAH DAILY - READ HERE




Kepada,

Semua ahli, penyokong dan pengundi PAS.

Pertamanya marilah kita bersyukur kepada Allah di atas segala nikmatnya.

Saya menuliskan surat terbuka ini adalah dengan tujuan untuk memohon maaf kepada semua ahli dan penyokong PAS di atas kenyataan saya baru-baru ini yang menafikan wujudnya sebarang pertemuan dan rundingan antara PAS dengan Umno.

Saya memohon berbanyak kemaafan di atas ketelanjuran ini.

Sebenarnya kenyataan yang saya buat sebelum ini bukanlah atas sifat pribadi saya, tetapi dibuat atas kapasiti sebagai Ketua Penerangan PAS berdasarkan keputusan parti yang mengarahkan saya berbuat demikian.

Saya tidak menyalahkan pimpinan PAS yang mengarahkan saya berbuat demikian, tetapi ia adalah kesalahan beberapa individu yang gagal memberikan maklumat sebenar kepada pimpinan PAS.

Tindakan mereka merahsiakan perkara-perkara tertentu berkaitan pertemuan dengan Umno telah menyebabkan pimpinan PAS mengambil pendirian bahawa tiada pertemuan dan rundingan antara PAS dengan Umno.

Saya berharap individu terbabit dapat tampil kehadapan membuat penjelasan kepada ahli-ahli dan penyokong PAS tentang pertemuan berkenaan termasuk butir-butir perbincangan seperti yang didedahkan oleh Presiden Umno baru-baru ini.

Mereka juga harus bertanggungjawab secara khusus dalam masalah ini kerana tindakan peribadi mereka.

Saya sendiri amat terkejut dengan pendedahan tersebut yang sama sekali bertentangan dengan kenyataan saya sebelum ini. Ia kemudian disahkan oleh Presiden PAS. Lebih memeranjatkan lagi apabila muzakarah tentang kepentingan Islam dan ketuanan Melayu yang didedahkan oleh Presiden Umno telah bertukar menjadi rundingan untuk membawa PAS menyertai kerjasama politik dengan Umno/BN.

Sebelum ini kami sendiri TIDAK dimaklumkan tentang apa yang didedahkan oleh Umno ini, bahkan kami diberitahu tiada sebarang pertemuan dan rundingan rasmi antara kedua-dua parti.

Apabila bekas Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Dr Mohamad Khir Toyo turut mendedahkan adanya rundingan khas selama 4 hari berturut-turut selepas pilihan raya baru-baru ini, saya berpandangan ia adalah tindakan peribadi individu tertentu tanpa melibatkan sebarang keputusan parti.

Kerana itu, saya tidak mempunyai sebarang maklumat berkaitan rundingan yang disebut oleh Dr Mohamad Khir itu.

Saya berharap individu yang terbabit ini turut membuat penjelasan kepada ahli-ahli dan mengambil tanggungjawab di atas apa yang berlaku. Atau saya meminta Dr Mohamad Khir Toyo yang mengaku turut terlibat dalam pertemuan di antara Perdana Menteri dan beberapa pimpinan PAS agar dapat memperincikan butir-butir pertemuan tersebut supaya kita dapat sama-sama mengetahuinya.

Oleh kerana tindakan beberapa individu atas nama PAS tanpa pengetahuan Jawatankuasa Kerja PAS Pusat dan tidak pula memaklumkan tindakan mereka secara terperinci kepada parti, maka PAS mengarahkan saya membuat kenyataan menafikan adanya pertemuan dan rundingan tersebut.

Ia adalah salah faham akibat adanya maklumat yang disembunyikan daripada pengetahuan Jawatankuasa Kerja PAS Pusat.

Saya sedar kesilapan yang telah saya lakukan apabila mengumumkan tiada sebarang pertemuan dan rundingan antara kedua-dua parti.

Saya menerima banyak teguran dan kritikan di atas pembohongan ini daripada ahli-ahli dan penyokong PAS baik yang Islam atau yang bukan Islam serta rakan-rakan daripada Pakatan Rakyat.

Kerana itu, dengan hati yang terbuka saya ingin memohon maaf di atas kesilapan yang saya tidak sengajakan itu.

Saya juga ingin mengucapkan terima kasih kepada seorang profesor Universiti Tempatan yang telah mengingatkan bahawa jika kita lupakan sejarah, sejarah akan mendera kita. Saya amat sedar tentang hakikat sejarah berkaitan kerjasama PAS-Umno yang telahpun saya sebutkan dalam kolum saya di Harakah pada minggu lepas.

Saya mengakui bahawa sejarah tidak pernah berulang, sebaliknya yang berulang ialah kesilapan manusia. Saya menyeru pimpinan PAS supaya jujur kepada ahli-ahli dan penyokong parti serta berusaha memperkukuhkan pakatan politik sedia ada.

Saya mengajak ahli-ahli PAS memerhatikan hakikat sejarah yang ada supaya kesilapan itu tidak berulang.

Akhirnya, sekali lagi saya memanjatkan jutaan kemaafan kepada semua ahli dan penyokong PAS di atas ketelanjuran yang berlaku.

Saya bersedia untuk menerima apa sahaja teguran dan kritikan membina untuk kebaikan bersama dan saya juga rela dihukum oleh ahli-ahli di atas kesilapan yang tidak sengaja saya lakukan ini.

Maafkanlah saya.

Sekian, wassalam.

Yang benar,

HAJI MAHFUZ HAJI OMAR
Ketua Penerangan PAS Pusat
Ahli Parlimen Pokok Sena.



RELATED ARTICLE

Read here in Malaysiakini

Excerpts:

There are some PAS leaders who are seriously considering the possibility of a political alliance between the Islamic opposition party and its arch rival Umno.

This revelation comes from PAS Selangor information chief Saari Sungib.

PhotobucketPhotobucketSaari said PAS deputy president Nasaruddin Mat Isa and the party’s commissioner for Terengganu Mustapha Ali are solidly behind the idea.

"They believe that if PAS leaders can hold some key ministerial posts in the Umno-led federal government, it will be possible to initiate changes from within," he added.

Saari said that it was Nasaruddin who instructed Hasan to meet with the Umno leaders.

"The meeting between them was given the green light by the central party leadership. It was Nasaruddin who instructed Hasan to meet with Umno leaders," he added.

Saari also pointed out that the PAS grassroots were unhappy with the current meeting between the party and its political adversary. Read here for more


PAS tidak akan layan tawaran Umno - Nizar

Read here for more
PAS tidak akan melayan mana-mana tawaran daripada parti politik di luar Pakatan Rakyat dan akan kekal dalam pakatan tersebut.

Menteri Besar Perak, Datuk Seri Ir. Mohammad Nizar Jamaluddin menegaskan perkara itu ketika diminta mengulas tawaran Pengerusi Badan Perhubungan Umno negeri, Datuk Seri Mohd. Tajol Rosli Ghazali kepada PAS untuk bekerjasama dengan Umno bagi menubuhkan kerajaan negeri yang baru.

Mohammad Nizar menjelaskan, beliau tidak dimaklumkan mengenai tawaran tersebut dan hanya mengetahuinya selepas diberitahu oleh pemberita.

''Dia (Tajol Rosli) boleh sudi macam-macam tetapi kita tidak setuju dan sama sekali tidak akan menjalinkan kerjasama dengan Umno," kata beliau yang juga Timbalan Pesuruhjaya II PAS Perak.

Malah, tegas beliau, tidak mungkin PAS Perak bekerjasama dengan Umno negeri itu kerana rakyat telah memilih PAS yang akan bersama-sama untuk berkhidmat kepada penduduk selama-lamanya.

Beliau memberi jaminan, PAS negeri akan kekal dalam pakatan pembangkang dan sama sekali tidak akan bekerjasama dengan Umno.

Ketika ditanya pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat Ahli Lembaga Pengarah Lembaga Air Perak di Ipoh semalam, beliau berkata, pihaknya sentiasa memberikan komitmen untuk terus bersama-sama DAP dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) dalam menerajui kerajaan pembangkang di negeri ini.

Ketika ditanya, apakah PAS akan bekerjasama dengan Umno di Perak jika diminta berbuat oleh pimpinan peringkat PAS pusat, beliau berkata:

''PAS adalah sebahagian daripada pakatan pembangkang dan perlu mendapat persetujuan daripada pakatan untuk menimbang sebarang bentuk kerjasama dengan Umno."

Beliau turut ditanya kenyataan Pengerusi Kebangsaan DAP, Karpal Singh yang mahu pakatan pembangkang menimbang secara serius keanggotaan PAS dalam pakatan.

''DAP tidak seharusnya meragui PAS kerana parti kita belum mengadakan sebarang muzakarah dengan Umno. Muzakarah yang diperkatakan itu hanya pertemuan biasa atau muqabalah,'' katanya.

No comments: