Friday 6 February 2009

Suara dan Aspirasi Rakyat Dalam Krisis Politik Perak: Empat (4) Pilihan untuk Sultan Perak


(Note: The following article was written BEFORE the Perak Sultan announced his decision to install the BN-government)

Read here for more

Empat (4) pilihan untuk Sultan Perak


oleh

Muhammad Abu Zahra

Situasi di Perak kini dalam keadaan yang tidak menentu, dengan Pakatan Rakyat (PR) dan BN masing-masing berusaha untuk meminta perkenan Paduka Seri Sultan Perak, Sultan Azlan Muhibbudin Shah.

PR memohon perkenan daripada Sultan untuk membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN), manakala BN memohon perkenan daripada Sultan untuk membentuk kerajaan Baru.

Maka di tangan bagindalah sekarang untuk menentukan siapakah yang akan menerajui Negeri Perak untuk hari seterusnya. Keputusan Sultan Perak ini sangat besar maknanya berkebetulan baginda baru menyambut ulang tahun Jubli Perak pemerintahan baginda.

Situasi yang ada seperti inilah yang menjadikan baginda benar-benar berperanan sebagai pemerintah berdaulat dan tidak berpihak, yang akan dikenang dalam sejarah pemerintahan beraja di Malaysia.

  1. Memperkenankan Pembubaran DUN Perak

    Baginda Sultan Perak mempunyai pilihan untuk memperkenankan pembubaran DUN Perak sebagai yang dituntut oleh Menteri Besar sekarang. Kuasa untuk memperkenankan pembubaran DUN itu terletak di tangan Baginda.
    Sekiranya baginda memperkenankan permohonan ini, baginda akan dilihat sebagai bertindak BIJAK untuk memberi semula mandat kepada rakyat untuk memilih siapakan yang bakal menerajui negeri Perak.

    Namun begitu tindakan seperti ini bukanlah penyelesaian terbaik, kerana pilihan ini akan menyebabkan usaha untuk melompat akan terus berlaku di masa akan datang. Mana-mana kerajaan yang mendapat kepercayaan rakyat secara majoriti mudah akan sentiasa terdedah kepada ketidakstabilan dan rampasan kuasa secara tipuhelah jijik dan mual.
  2. Memperkenankan Pembentukan Kerajaan Baru oleh BN.

    Pilihan yang lain, Sultan Perak boleh memperkenankan pembentukan kerajaan baru oleh BN.
    Sekiranya baginda memperkenankan pembentukan kerajaan baru ini, maka baginda akan dilihat berpihak malah akan dianggap dipergunakan oleh BN untuk menyempurnakan tipu helah yang jijik dan memualkan tersebut.

    Baginda Sultan Perak yang terkenal dengan ketegasan dan kebijaksanaan tidak mungkin akan dipengaruhi dengan budaya politik tidak bermaruah yang diamalkan oleh BN.

    Sekiranya Baginda mengambil tindakan seperti ini, sejarah hitam akan terpalit kepada pemerintahan baginda, kerana bertindak untuk menyokong mereka yang mengkhianati kepercayaan rakyat Baginda.

    Secara umum, rakyat baginda telah memberi mandat kepada PR untuk memerintah dalam PRU yang lalu.
  3. Mencadangkan Pembentukan sebuah Kerajaan Campuran antara PR dan BN.

    Sebagai Sultan yang bijaksana, Baginda boleh menjadi pendamai antara kedua pihak dengan mencadangkan pembentukan sebuah kerajaan campuran antara PR dan BN.
    Pilihan ini lebih praktikal berbanding dua pilihan sebelum ini.

    Dalam konteks ini baginda sekali lagi memainkan peranan yang berkesan sebagai pemerintah sebenar kepada negeri Perak dengan menggunakan kuasa budi bicara mewujudkan sebuah kerajaan yang lebih stabil melalui pembentukan kerajaan campuran tersebut.

    Sekiranya kerajaan campuran itu berjaya dibentuk, kerajaan itu tidak mungkin tergugat lagi dengan permainan kotor politik. Sebaliknya masing-masing akan berusaha untuk menunjukkan prestasi terbaik bagi mendapat kepercayaan rakyat pada pilihanraya yang akan datang.
  4. Mengekalkan Kerajaan Negeri yang Sedia Ada sebagai sebuah Kerajaan Minoriti.

    Pilihan yang terakhir yang ada di tangan Baginda Sultan ialah mengekalkan Kerajaan Negeri yang sedia ada sebagai sebuah kerajaan minoriti.
    Baginda mempunyai kuasa untuk bertindak sedemikian kerana Baginda boleh menggunakan budibicara baginda menyerahkan mandat kepada mana-mana pihak yang dilihat mendapat sokongan majoriti.

    Sokongan majoriti itu boleh jadi datang daripada ADUN dan boleh jadi datang daripada rakyat. Majoriti yang datang daripada rakyat diterjemahkan dalam PRU yang lalu, manakala majoriti yang datang daripada ADUN sentiasa boleh berubah berdasarkan lompat-melompat.

    Oleh itu Baginda boleh menggunakan budibicara itu untuk mengekalkan kerajaan yang sedia ada.

    Sekiranya ini pilihan Sultan Perak, Baginda akan dilihat sebagai Sultan yang tegas. Malah lebih penting lagi akan menamatkan sejarah lompat-melompat parti yang telah berlaku sejak selepas merdeka.
Latar belakang Baginda sebagai Bekas Ketua Hakim Negara menjadi pentunjuk bahawa TIDAK mungkin pilihan KEDUA (2) diambil.

Baginda Sultan Azlan telah teruji untuk memutuskan keputusan yang adil semasa menjadi Ketua Hakim sebelum ini.

Baginda juga telah melihat bagaimana institusi kehakiman telah menjadi bahan ketawa apabila ketua-ketua hakim yang selepasnya menjadi balaci politik kepada pihak tertentu.

Kali ini institusi istana pula menjadi perhatian, sedangkan Bagindalah yang sedang menjadi perhatian seluruh negara.

Dengan pengalaman yang luas memberi keadilan semasa menjadi hakim, maka Baginda diyakini akan bertindak dengan saksama kepada situasi yang berlaku sekarang.

Related Article

"Saya Tak Rasa Kuasa Raja Sampai Boleh Paksa MB Berhenti"

oleh

Pak Tam Mat

Read here for more

Terkejut saya membaca berita terbaru dari Perak, bukannya sebab Sultan tidak perkenan permohonan Menteri Besar, Nizar Jamaluddin untuk bubar Dun tetapi pening kepala membaca titah Sultan supaya MB dan para Exco meletak jawatan.

Apakah sampai begitu sekali kuasa sultan dalam konteks sistem raja berperlembagaan?

Kenapa terburu-buru sangat untuk memaksa Nizar meninggalkan pejabatnya seolah-olah esok sudah kiamat bagi Umno dan mereka yang bernafsu besar mahu menjatuhkan kerajaan Pakatan Rakyat.

Maaf kerana saya tidak begitu memahami peraturan dan undang-undang berkaitan kuasa raja tetapi saya yakin tidaklah sampai ke peringkat itu kuasa seorang raja.

Bukankah seseorang sultan hanya boleh menolak atau memperkenankan permohonan menteri besar untuk membubarkan Dun, yang lain-lain biarlah proses sidang undang tidak percaya sahaja menentukan nasib kerajaan yang memerintah?


Surat terbuka kepada Istana Kinta

oleh

Ali Bukhari Amir

Read here for more

Ampun tuanku beribu-ribu ampun, sembah patik mohon diampun.

Pertamanya, patik minta ampun jika bahasa pertuturan patik ini tidak mengikuti susunan bahasa istana.

Baru-baru ini, sebagai yang termaklum, sudah pun wujud kerajaan baru di Perak. Dan banyak juga rungutan yang ditemukan dalam blog dan internet. Samada yang menyokong atau yang menyanggah, maka kita boleh sama-sama fikirkan.

Patik serta rakan-rakan dalam kalangan rakyat biasa yang tidak banyak mencapai apa-apa maklumat, ingin menyuarakan pandangan kepada tuanku berhubung hal ini.

Pertamanya marilah ditelusuri perkataan pacal Perdana Menteri Abdullah Ahmad Badawi berhubung lompat parti. Pacal Abdullah ketika menjawab isu mengenai lompat parti pada 16 September yang tak berlaku itu, beliau kerap menyatakan bahawa ahli Parlimen yang mahu melompat itu sebagai mengkhianati pengundi dan rakyat.

Pada pandangan pacal itu, rakyat telah mengundi seseorang ahli Parlimen atas nama parti. Jadi, jika seseorang ahli Parlimen dengan tiba-tiba melompat ke parti lain, maka dia telah mengkhianati rakyat dan pengundi yang mengundinya sebelum ini.

Itulah pandangan pacal Abdullah berhubung ura-ura ahli Parlimen yang kononnya bakal melompat daripada Barisan Nasional kepada Pakatan Rakyat itu. Namun, hal itu tidaklah berlaku buat masa sekarang ini.

Tiba-tiba, berlakulah lompatan parti daripada Pakatan Rakyat kepada Barisan Nasional di Perak baru-baru ini. Patik dan rakan-rakan memasang telinga kalau-kalau pacal Abdullah marahkan ahli Dewan Undangan Negeri PR yang melompat ke dalam BN.

Rupanya, 'fatwa' itu cuma sah bagi kes-kes ahli Parlimen / Dun BN yang berhijrah ke PR. Kalau penghijrahan itu melibatkan ahli Parlimen / Dun PR ke BN, maka tidak timbul lagi isu-isu seperti mengkhianati rakyat dan pengundi.

Awal-awal lagi pacal Perdana Menteri telah menunjukkan sikap berat sebelah, memihak dan tidak jujur dalam percakapannya. Kalau pacal Abdullah itu jujur dan ikhlas, maka dia juga patut marahkan penghijrahan daripada PR ke BN itu.

Ini tidak..pacal itu tersenyum gembira tanpa menyedari bahawa dia telah berlaku tak jujur dengan pandangannya sendiri.

Patik berpandangan, kalau kita mahu jujur dan ikhlas dalam hal ini, kita perlulah bertanya juga kepada para pengundi dan rakyat Behrang dan lain-lain kawasan undian sebelum ini. Kita mesti bertanya, apakah mereka merelakan penghijrahan tersebut?

Apakah jalannya untuk memudahkan kita merekodkan kerelaan rakyat dan pengundi itu? Ini sememangnya tugas yang berat juga. Tapi, berbaloi juga kalau kita membuang banyak masa dan tenaga bagi memastikan rakyat dan para pengundi itu berpuas hati.

Kalau patik di tempat pengundi di kawasan tersebut, patik sendiri tak berpuas hati dengan hal itu. Patik anti ISA, anti PPSMI dan patik juga anti Auku. Maka, patik akan mengundi wakil parti yang berjuang ke arah memansuhkan ISA, Auku dan PPSMI itu.

Maka, tiba-tiba Adun dan Ahli Parlimen itu beralih arah serta hala tujuannya kepada parti yang mengesahkan Auku, ISA dan PPSMI. Adakah pacal Abdullah tak terfikirkan hal ini sebelum ini? Cuma ada satu jawapan.. Abdullah tak jujur dengan ucapannya sendiri.

Kalau dia terlupa, maka dia boleh diingatkan. Tapi, setelah dia diingatkan, maka terpaksa pula pacal Abdullah mencari helah lain pula guna membatalkan fatwanya yang lalu.

Maka, patik ingin mencadangkan kepada pihak tuanku agar dapat mempertimbang hal ini dengan akal bijaksana pihak istana. Iaitu kita perlu mengadakan pungutan suara agar kita dapat pastikan bahawa rakyat dan pengundi di bawah negeri naungan tuanku benar-benar rela dengan penghijrahan tersebut.

Rakyat Perak telah beratur sepanjang hari dan ada kalangan rakyat yang pulang kampung halaman semata-mata untuk memilih calon-calon yang diharapkan dapat membawa suatu perubahan ke negeri ini. Jadi, mereka berhak diambil pandangan juga.

Amalan pungutan bukanlah satu hal yang asing dalam negara kita.

Tak silap patik, ketika Semenanjung Tanah Melayu ini mahu bergabung dengan Sabah dan Sarawak, maka telah pun kita melaksanakan kaedah ini.

Hal bagaimana kita mahu melaksanakan semula, berapakah tenaga kerja yang diperlukan dan lain-lain perkiraan dan perhitungan, semua itu boleh kita bahaskan kemudian. Undi rakyat mewakili hati, jiwa dan perasaan rakyat. Maka, mereka perlu dihormati.

Dengan undi, Adun dan Parlimen kita dinaikkan dan boleh diturunkan. Tapi, jika mereka mahu menyeberang, berhijrah ke parti lain, mengapakah undi rakyat tidak dibangkitkan? Pacal Abdullah sepatutnya peka ke atas hal ini, kerana ini adalah ucapannya sendiri.

Ampun tuanku.. Sembah patik mohon diampun..

Pergelutan dalam kuasa-kuasa pembesar politik bukan perkara baru. Sejak era Kesultanan Melayu Melaka, kita terbaca bagaimana Hang Tuah dicemburui dan dikhianti, bagaimana Hang Nadim, si cilik dengan akal pintarnya berjaya mematahkan serangan todak ke atas Singapura dibunuh dengan kejamnya akibat hasutan pembesar istana.

Pergelutan antara pembesar ini sangat dahsyat. Patik serta rakan-rakan harap pihak istana dapat pastikan riwayat suram dan hikayat gelap di dalam lipatan sirah perjuangan bangsa Melayu ini tidak berulang lagi.

Sebenarnya, patik rasa berat juga mahu menuliskan hal ini. Tapi, oleh kerana hal ini amat mustahak, maka patik gagahi juga menulisnya. Hal ini terkait dengan PPSMI.

Untuk pengetahuan tuanku.. Dato' Seri Nizar dan rakan-rakannya adalah antara mereka yang terawal membantah amalan PPSMI lewat jalan perundangan. Mereka mahu saman kerajaan persekutuan dalam hal ini. Tetapi, isu ini tenggelam timbul.

Ada riwayat menyatakan bahawa pihak eksekutif mempengaruhi mahkamah supaya tidak memanjangkan isu ini. Dan, ada pelbagai qaul serta pendapat lain yang boleh kita dengar. Tapi, untuk kesahihannya, kita perlu teliti dan siasat sendiri.

Barangkali, patik antara orang yang telah menemuramah beliau menerusi mel-e di sebuah akhbar politik ketika beliau dan anak-anaknya sedang berusaha keras membawa kes itu ke mahkamah. Patik masih menyimpan mel-e tersebut.

Bukanlah niat patik mahu mengungkit kenangan lama untuk mengangkat seseorang. Tapi apabila keadaan memaksa, maka sesiapa pun mesti cuba menyatakan keadaan sebenarnya tanpa rasa bimbang dan takut-takut lagi.

Sejak beliau diangkat sebagai Menteri Besar Perak, selalu perasaan ini menyelinap dalam hati patik dan patik tidak pernah beritahu sesiapa pun. Iaitu, seseorang itu akan terangkat darjat dan makamnya apabila dia telah membuat suatu amalan yang besar.

Semak kisah Talut dan Daud. Apabila dalam sebuah peperangan yang sengit, Daud yang masih kecil telah berjaya membunuh Jalut. Amalan dan kejayaannya membunuh Jalut itu, pada akhirnya membuatkan makam dan darjatnya terangkat sebagai raja Bani Israel.

Demikianlah juga dalam kes bekas MB Perak ini, beliau tentu ada sesuatu amalan dahulu yang menyebabkan Tuhan mengangkatnya. Bahasa Melayu adalah bahasa keramat, mulia kerana ia dimuliakan Tuhan sebagai bahasa dakwah Islam di rantau Nusantara.

Khutbah-khutbah Jumaat dan pendakwah terawal telah mempelajari bahawa Melayu bagi tujuan mengembangkan agama Islam di negara ini. Maka siapa saja yang berjuang untuk mengembalikan martabat bahasa, maka makam dan darjatnya akan terjulang!

Kejatuhan Pakatan Rakyat adalah jatuhnya usaha memansuhkan PPSMI. Dan menangnya Barisan Nasional bererti, akan bertambahlah tenaga kekuatan baru untuk mencalar bahasa Melayu sebagai bahasa dakwah, bahasa ilmu dan bahasa pencerahan di negara ini.

Ampun tuanku beribu ampun, sembah patik mohon diampun..

Untuk yang akhirnya, patik mohon mengundur diri.

Patik terpaksa menulis begini kerana patik pun tak tahu dengan jalan apakah lagi patik dapat bersemuka dengan tuanku untuk bertukar-tukar fikiran dengan pihak istana.

Akhir kalam..mohon tuanku pertimbangkan segala saranan patik dan mohon ampun kalau ada kata-kata yang tidak bersesuaian menurut tatacara laras bahasa istana.

Mohon patik tuanku. Sekian dari patik dan rakan-rakan..

11:27 p.m, 5 Februari ,Sekolah Pemikiran Kg Baru


"Tahniah" Najib Kerana Tumbangkan Perak!

oleh

Mohd Basir Abdullah
(Saya, Mohd Basir Abdullah boleh dihubungi di talian 019-6705730. Jaringan Anti Judi Kebangsaan (Jerejak) boleh dihubungi melalui mohamad.basir@yahoo.com.)

Read here for more

Tahniah dato' seri kerana telah berjaya menjatuhkan kerajaan pakatan rakyat (PR) negeri Perak. Seterusnya dato' seri tentu sedang giat memporak perandakan negeri lain dibawah PR yang hanya menunggu masa dan nasib.

Satu demi satu kejayaan ini tentunya akan meningkatkan dan memuaskan nafsu syaitan yang sedia ada dalam diri dato' seri.

Jangan sekali dato' seri fikir kejayaan ini akan dilihat dan diterima dengan senang oleh orang Melayu dan lain lain. Demi kepuasan nafsu dato' seri dan mereka yang bersubahat dengan dato' seri termasuk semua ahli Umno tahniah sekali lagi.

Tunggulah. Anda semua akan menerima padah tidak lama lagi. Dato' seri telah sekali lagi buktikan kepada rakyat bahawa pemimpin Umno adalah kejam dan zalim. Saya lebih tua dari dato' seri. Saya nyatakan ini semua berdasarkan sejarah UMNO selama 51 tahun.

Jikalau disemak balik kepada kebaikan arwah TUN ABDUL RAZAK ayahanda dato' seri, nyata sekali dari segi kredibiliti, dato' seri jauh ketinggalan. Dari sejarah dato' seri, ini tidak menghairankan saya, kerana dari dulu lagi dato' seri banyak melakukan kesilapan.

'Kejayaan' yang tersebut tadi hanya menjelmakan kejahatan yang ada dalam diri dato' seri. Sikap tidak adil dan kejam dato' seri serta konco-konco dato' seri telah memburukkan keadaan negara ini.

Kejayaan yang dicapai adalah melalui pengaruh wang dan kononnya kemajuan.

Dengan kejayaan ini dan dengan kuasa yang ada di negeri Perak, dato' seri telah dapat mengukuhkan kembali cita-cita untuk menjadi Perdana Menteri negara ini yang pada awalnya berada di ambang kehancuran.

Melayu jenis apakah dato' seri dan anda-anda yang terlibat semua? Keadaan negara yang berleluasa dengan judi, pelacuran, dadah, arak dan lain lain maksiat yang akan membawa negara ke tahap jahanam, tidak pernah dato' seri dan anda sekelian ambil peduli.

Yang dato' seri dan anda sekelian tahu adalah asyik berpolitik, menjatuhkan sesiapa saja yang cuba menyekat kuasa syaitan dato' seri dan anda sekelian. Tentunya semua termasuk rakyat yang tak berdosa akan menerima padah kelakuan buruk dato' seri dan anda sekelian tidak lama lagi.

Saya percaya Tuhan Yang Maha Esa sedang melihat dengan teliti perkembangan menyedihkan dalam negara ini. Janganlah terlalu ghairah sangat menggunakan kuasa yang diberikan pengundi dan ahli ahli perniagaan. Insaflah dan perbetulkan keadaan negara Islam ini sebelum Tuhan bertindak dengan kemarahanNya. Bagi Tuhan, ia perkara mudah.

Jangan pandang ringan apa yang saya katakan. Kawallah diri dan kembali ke pangkal jalan yang betul. Bertindaklah dengan kebenaran untuk kebaikan. Untuk pengetahuan dato' seri, nenek moyang kita telah berjuang habis-habisan untuk bebaskan negara ini daripada pemerintahan Majapahit dan penjajah penjajah seterusnya.

Tentunya mereka menangis melihat keadaan negara ketika ini. Dato' seri kenanglah jasa-jasa mereka yang membebaskan kita dari kekejaman penjajah. Selama ini Umno hanya membawa negara ini ke tahap yang boleh kita sebut Malaya sial. Saya sebut ini atas dasar cinta saya kepada Melayu Islam negara ini dan negara mereka Malaya.

Hari demi hari aktiviti dato' seri dan Umnu hanya menuju kemusnahan negara yang diperolehi melalui perjuangan dan gigih dan pengorbanan nenek moyang kita bangsa Melayu. Tidakkah dato' seri malu dan takut akibat keterlaluan ini? Apakah yang dato' seri dan seluruh Umno banggakan sangat dengan pencapaian yang telah diperolehi?

1. Judi - Orang melayu menjadi mangsa. Ada cabutan hari-hari. Satu minggu tujuh hari, manakala cabutan ada sepuluh kali.

2. Dadah - Orang Melayu adalah penagih paling ramai dan yang untung ialah bukan Melayu.

3. Arak - ketagihan arak kalangan Melayu meningkat. Arak dijual bebas di mana mana.

4. Penyakit - Ramai orang Melayu berpenyakit kerana tidak mampu mendapat rawatan yang baik serta akibat pencemaran kemajuan adalah kepunyaan bukan Melayu.

5. Perniagaan - Pengusaan bukan Melayu bertambah kukuh. Bangsa Melayu meminta sedekah dan tagih simpati.

6. Ketuanan/Kedudukan - Politik melayu semakin rapuh dalam keadaan terumbang-ambing. Mereka terpaksa menagih sokongan bukan Melayu. BN / UMNO bagaikan penternak dan rakyat sebagai ternakan.

Aset negara telah habis dibolot dan dibazirkan untuk kepentingan golongan tertentu dan sebagai penyelamat kuasa. Kepada bangsa Melayu marilah kita selamatkan negara ini dari cengkaman Umno yang sedang membawanya ke arah jahanam. Sedarlah semua sebelum kita dikejutkan dengan kemurkaan Tuhan.

Andai apa yang sedang berlaku dibiarkan, kita dan generasi kita akan datang akan menerima padah. Negara kita terselamat dari penjajah yang kejam hasil perjuangan nenek moyang kita.

3 comments:

Anonymous said...

Nak sangat main lompat2 kan..
dari tahun lepas tak habis2 nak suh org lompat2 kan..
haa skang ni org dah lompat apsal tak puas hati?

Sendiri punya Game terkene batang hidung sendiri.

Bila tak puas hati bawak, buat perhimpunan pi gaduh ngan polis.
Buat huru hara sana sini. Mana keamanan negara kita kalau mcm ni? kalau asyik nak berpolitik? Sampai kan kete Sultan pun kene blok.. isk isk isk. Kurang Hajar Tahap Melampau Langsung tidak menghormati Kuasa DIraja.

8 march dah lama berakhir, sudah2 la tuh berpolitik nak tarik sana tarik sini, lompat sana sini. tipu sana sini. Sudah2 lah tuh. kalau asyik nak politik kalau asyik nak gila kuasa bila nyaa nak buat kerja? Rakyat tetap kene carik makan, pk diri keluarga dan masa depan?

BUkan paklah atau anwar yg nak kasik rakyat makan. Rezki semua kami cari sendiri. Tapi kalau pemimpin tak adakan peluang meningkatkan peluang perniagaan, pembangunan ekonomi serta insan mcm mana rakyat dan negara nak maju?

Kalau asyik nak politik, kalau asyik nak undi, kalau asyik nak mandat. Mandat yg dah diberikan pun tatau jaga. Lepas tuh buat perhimunan resakser, lepas nih rusuhan, tak puas hati lagi buat mcm dulu kumpul ramai2 kat masjid negara mintak simpati.

BN dulu kalah 5 negeri takder pun buat perhimpunan? takde pun buat rusuhan? tapi kenapa PR suke benar mencipta rusuhan? menganggu ketenteraman org awam? Saya pun rakyat juga, saya pun ada hak juga untuk meminta semua keganasan dihentikan. Aku pun rakyat MALAYSIA juga. Saya tidak suka semua perkembangan ini. Nak lawan.. lawan di arena politik.

PR perak mula2 kata, Kerajaan mereka kukuh, tak kukuh pun.
mula2 jatuh mintak perkenan Sultan, Lepas tuh kata semuanya terpulang pada keputusan sultan, namun kini SUltan dah bagi keputusan. mereka Lawan pulak lagi.. ape punye jenis manusia kau org nih ha? Cakap tak pernahnya btol.

Semenjak kemunculan DSAI, ramai org telah mula kurang hajar terhapdap pemimpin serta undang2. Mereka buat secara suka hati mereka. Kalau dikutkan dari dulu pada PR polis salah, lawyer salah, hakim salah, menteri salah, ACA salah, EC salah, skang ni SUltan pun salah, dan mereka saje lah yg betol. (Mcm perangai yahudi buat sesuka hati, kekecohan sana sini tapi tuding jari kat org lain)

DSAI selalu berkata dalam ceramahnya, “Insyallah with gods willing mereka akan tubuh kerajaan baru” Namun kini Alhamdulillah dengan keizinan Ilahi semua ini telah berlaku. Apakah ini takdir, qada’ n qadar ketentuan ilahi.
Dan apakah ini spt ape yg mereka selalu katakan, kebenaran akan terbukti jua akhirnya. Marilah kita ambil iktibar dan memanfaat kan perkembangan yg positif ini ke arah pembangunan ummah dan negara

Namun ape yg boleh diperkatakan dengan senario ini oleh PR
YG DIKEJAR TAK DAPAT, YG DIKENDONG BERCICIRAN

P/s: Kenapa tak puas hati? kenapa lawan sultan? kenapa salahkan org lain? padahal sendiri yg nak main lompat2 dari tahun lepas. Saya percaya kalau bawak masuk MAHKAMAH pun kalau PKR kalah mesti dorang buat buat perhimpunan resakser lagi..

Anonymous said...

kesian betul la mereka2 yang ada otak, tapi tak reti berfikir dgn kesabaran dan kematangan,
kesian lagi yang ada otak dan islam tapi tak faham islam dan buat benda2 tak berotak..
sapelah agaknye org2 tu ar?

Warning: Anda sedang terpesong!


p/s: nasib baik aku ni mixed...

Anonymous said...

Siape suruh DSAI cuba mengumpan MPs untuk defect in the first place?????

Dah tu , siap bagi tau kerajaan jgn tahan mereka dlm ISA kalo defect. Pass tu suruh hormat keputusan rakyat. Padahal itu telah menjadi keputusan DSAI dan objective dia untuk menjadi Perdana Menteri Malaysia yg masih tertunggak!!! bukan keputusan rakyat. Keputusan rakyat telah di ketahui pada 8 MAc lalu... belajar la menghormati keputusan rakyat dulu wahai pembelot pembelot kerajaan dan rakyat.
Sejak DSAi memulakan kempen 16 Sept. mmg saya resah sgt. Apa kah guna nyer kita rakyat malaysia berpusu pusu untuk mengundi kalo selepas tu, org yg kita undi tu jadi katak. Kalo nak buat agenda sendiri, jgn la buang masa kita utk keluar mengundi.

Ini bila taktik sendiri dah termakan tuan mula la kelam kabut,. and the real color of PR dah nampak ... hormatila keputusan rakyat ......