Wednesday 1 July 2009

UPDATED:!!Malaysian Police Targets University Students for Linking PM's Wife to "C4" and "Altantuya", the Murdered Mongolian Woman

Read here for more on Amin Iskandar blog

Dua mahasiswa Universiti Malaya dari Akademi Pengajian Islam, Mohd Izzuddin Hilmi dan Mohd Syahruldeen Ahmad Rosli telah diseret ke Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur petang tadi.

Mereka didakwa menconteng perkataan- perkataan "C4", "bini puaka" dan "pembunuh Altantuya" di dinding dewan sebelum kedatangan isteri perdana menteri Rosmah Mansor . Mereka dituduh bawah Seksyen 427 Kanun Keseksaan bagi kesalahan khianat yang menyebabkan kerosakan sekurang-kurangnya RM25.

13 Julai nanti, kes ini akan disebut semula di mahkamah yang sama. Klik disini.


Rosmah Mansor is the wife
of Prime Minister Najib Razak
(From UNISEL Homepage)

Klip video Rosmah Mansor Perempuan “Puaka” yang disiarkan oleh Malaysia Today sebanyak tiga siri disini, disini dan disini telah menggemparkan negara.









Diantara reaksi kepada video ini ialah apabila mahasiswa Universiti Malaya menconteng “C4″, “puaka” dan “Altantuya” di dinding dewan sebelum kedatangan isteri perdana menteri Rosmah Mansor minggu lalu.

Sebagai susulan daripada penahanan dua orang mahasiswa ini, polis telahpun menggeledah beberapa rumah yang didiami oleh mahasiswa-mahasiswa ini termasuk juga rumah yang didiami oleh mahasiswi. Klik disini.

Ada yang menyifatkan cara mahasiswa ini ditahan seperti apa yang berlaku kepada A. Kugan yang terbunuh dalam tahanan polis tidak berapa lama dahulu. Klik disini.

Terbaru, polis menghubungi seorang pemimpin PKR, Badrul Hisham Shaharin mengenai isu video “Rosmah Mansor Perempuan Puaka”. Klik disini. Apakah tindakan yang akan diambil? Masih terlalu awal untuk meneka.

Diberitakan, polis bertindak sebegini oleh kerana ingin mencari “jawapan lain” dalam isu pembunuhan Altantuya Shaariibuu.


Daripada tindakan-tindakan polis seperti yang dinyatakan diatas, kita boleh melihat betapa “berkuasa”nya isteri PM, Rosmah Mansor.

  1. Polis TIDAK bertindak aggressif apabila berlakunya kes penculikkan kanak-kanak seperti apa yang berlaku kepada Nurin Jazlin Jazimin dan Sharlinie

  2. Polis TIDAK bertindak aggressif apabila rumah kita dirompak atau berlakunya kes ragut.

  3. Akan tetapi, apabila Rosmah di”ganggu”, polis bertindak tegas, cekap dan cepat.

No comments: