Friday 6 February 2009

Readers Speak Their Minds on Perak Sultan's Website / Sultan Perak Diserang Teruk di Website Baginda.

Heads up from Tulang Besi's Blog
"Baca dan nilai sendiri. Daulat Tuanku"
Click here to read more : WEBSITE PEJABAT DYMM SULTAN PERAK DARUL RIDZUAN

Extracts of Some of the Comments Posted by Readers on the Sultan of Perak's Website

Read here for more
  1. Ampun Tuanku yang dikasihi, Tuanku Sultan yang dikagumi selama ini bijaksana berlaku adil..

    Tuanku, apa yang terjadi kini adalah rentetan tuanku enggan membenarkan rakyat menentukan sendiri kerajaan mereka melalui pilihanraya..(pengosongan DUN). Patik percaya Tuanku mendapat maklumat yg salah atau dihasut oleh orang2 yg berkepentingan.. Patik amat sedih apabila rakyat 'terpaksa' 'derhaka'... Mereka sayangkan tuanku...tapi mereka juga sayangkan keadilan dan kebenaran melebehi segala2nya. Adalah malang apabila tuanku membuat keputusan yang selama sekali tidak diduga oleh majoriti rakyat yang menganggap Tuanku Sultan bijaksana lagi adil...

    Ampun tuanku...jika sebahagian rakyat anggap tuanku adalah boneka yang dikuasai oleh orang yang berkepentingan... Adalah tidak mustahil Institusi Raja yang sepatutnya menjadi payung keadilan akan lenyap.. Demontrasi mungkin tidak akan menjatuhkan Institusi Raja,,,tapi lama kelamaan akan terhakis rasa hormat bahkan tahap membenci akan akhirnya menguburkan Institusi Raja dalam kehinaan

    Tuanku Sultan yang dikasihi, apa yang berlaku telah menghina amanat rakyat bahkan mencemar kemuliaan DUN. Alangkah terburu-buru dan rakusnya, apabila BN merampas kuasa;

    Tuanku yang dimuliakan, sebodoh2 rakyat yang tidak bersekolah pun tahu, sikap BN merampas kuasa dengan rakus, angkuh & tergesa2 PASTI ada agenda tersembunyi. langkah malangnya bila Tuanku dilibatkan dalam komplot kotor ini..

    Tuanku... kestabilan, keamanan dan kedamaian tidak hanya ditentukan oleh kawalan pasukan keselamatan tapi apabila merasakan mereka mendapat keadilan sewajarnya.

    Tuanku... tidak semua manusia takut mati..seringkali, demi menegak keadilan mereka sanggup mati, malah setengah2nya sanggup mati demi untuk membunuh insan lain...

    Tuanku...yang dikasihi lagi dijunjung tinggi (selama ini), patik telah mendengar segelintir insan yg sudah hilang kewarasan akibat kemarahan yg meluap2...yang merancang sesuatu yg 'dahsyat' terhadap individu yg disangka dalang komplot ini...na'uzubillah...

    Tentulaa menyayatkan jika sasarannya salah setelah rancangan inipun sememangnya salah.. Tapi normallaa kalo marah menguasai diri macam2 bole berlaku

    Tuanku yang dikasihi, sebagai org Islam dan patik juga org Islam inginlaa patik mengingatkan diri patik..dan juga Tuanku yang dikasihi, dunia ini hanya sementara akhirat jua yang abadi..

    Ampun beribu2 ampun,..ini sekadar luahan tulus ikhlas dari rakyat mu wassalam

  2. Sultan Perak yg hensem... patik pacal yg hina ini mohon tuanku tarik balik jawatan MB drpd Datuk Zambry. Tolonglah... adakan pilihanraya. cuba tuanku bayangkan patut ke, MB drpd BN dilantik sedangkan majoriti rakyat Perak berkehendakkan Pakatan rakyat memerintah.... Adakah Tuanku berlaku adil?

    Tuanku ada belajar agama tak masa sekolah dulu supaya berlaku adil? Sebagai pemimpin tanggungjawab adalah berat. Kini Tuanku telah menggalas/menanggung tgjwb yg cukup besar membuang pemimpin pilihan rakyat dan sebaliknya mengambil pemimpin dr parti pengamal rasuah. Patik yg hina ini cuma nak mengingatkan utk diri patik juga. Balasan azab yg pedih menanti jika seseorg pemimpin tidak berlaku adil. Fikir2lah sendiri tuanku. Ingatlah mati... dunia & UMNO bukannya kini dan selamanya.... Akhirat jua lah yg kekal abadi.

  3. Korang nak tau kenapa azlan backing BN? Sebabnya GAMUDA (syarikat anak perempuan azlan) dah nak bankrap dan perlukan 1-2 billion untuk menyelamatkan GAMUDA. So, azlan terpaksa la sembah najissss!!!! disebabkan nak selamatkan duit anak ko, ko khianati rakyat!!

  4. yg kita mintak bukan kekalkn Penguasaan Pakatan Rakyat di negeri perak...
    cuma kita mintak REELECTION... kalu yg ni pun sultan tak paham,payah kita lagu nih... apa berat sgt ka nak sultan nak kata ' DUN PERAK BUBAR ' JUZ 3 WORDS

  5. Seems like you're just another political player without principle and righteous.
    Do you really care about your 'rakyat' ? You really have their goodsakes in mind?
  6. Saya mulakan dengan memohon maaf bagi pihak mereka yang mencerca tuan selaku pemerintah yang telah diamanahkan dan dianugerahkan oleh Allah S.W.T. untuk mentadbir dan mengurus negeri jajahan tuan iaitu negeri Perak Darul Ridzuan. Anggaplah mereka menulis dengan emosi dan contohilah sifat pemaaf Nabi kita.

    Tuan, keputusan tuan dengan cara melantik UMNO untuk mentadbir negeri tuan amat saya kesali. Mungkin keputusan yang dibuat tuan telahpun tuan analisa dan saya menghormati pendirian tuan.

    Apa yang kami mahukan adalah sebuah parti politik yang berteraskan dan berprinsipkan Al-Quran dan Sunnah serta keadilan sejagat. Usahlah bincang tentang ketuanan melayu kerana ciri-ciri melayu dalam penghuni istana di Malaysia inu telahpun gugur dan hilang. Kami mahukan pemerintah yang adil serta mampu memberi kesejahteraan kepada kami. Tuan sebenarnya adalah hamba kami, yang septutnya berkerja keras dalam menyediakan kemudahan dan keamanan kepada kami tidak kira cina, india dan melayu.

    Tuan juga adalah rakyat sama seperti kami. Darah tuan adalah sama dengan darah kami. Munkar dan Nankir tidak melihat tengkolok dikepala ketika menyoal jenazah didalam kubur.

    Saya juga menyeru tuan janganlah terlalu emosi dengan semangat melayu. Amanat yang dianugerahkan tuan bukanlah untuk melayu sahaja. Allah juga tidak menciptakan bumi ini untuk kaum arab sahaja. Bumi ini milik Allah yang dipinjamkan kepada kita dan akan dikembalikan serta aan disoalkan setiap satu yang kita lakukan dimuka bumi ini.

    Tidak takutkah tuan dengan Raja segala Raja. Dialah yang menciptakan kita dengan tangannya sendiri. Kita adalah dari tanah yang sama. Saya amat sdih kerana penghuni istana terlalu jauh dengan rakyat. Jadi tidak hairanlah ada rakyat yang sanggup memaki tuan.

    Cukuplah, saya amat mengharapkan tuan dapat mengembalikan kuasa kita iaitu kuasa rakyat. Martabatkanlah islam, laksanakanlah hukum yang terkandung didalam Al-Quran dan Sunnah. Takutlah kita kepada Raja segala Raja diakhirat nanti. Mungkin malam ini tuan tidur beralaskan emas, tapi esok,mungkin tuan tidur beralaskan surat khabar dan sekarang tiada lagi daulat atau murka kerana kami percaya murka Allah adalah paling kami takuti. Assalamualaikum.

  7. Ampun Tuanku, sembah patik harap diampun. Jelas di sini bahawa mereka yang pro-UMNO/Barisan Nasional begitu beriya-iya sekali ingin mengelak agar pembubaran Dewan Undangan Negeri berlaku dan rakyat diberikan hak mengundi kerajaan negeri mereka. Mereka membodek Tuanku, menyokong Tuanku di atas keputusan yang tidak adil itu. Tidakkah Tuanku terfikir kenapa mereka sanggup menggadaikan prinsip moral dan etika dan menggunakan cara "backdoor" untuk merampas kuasa dari kerajaan negeri yang dilantik secara demokratik? Fikirkanlah, Tuanku. Patik yang hina ini hanya memohon agar Tuanku dapat membuat keputusan yang tepat dan patik merafak sembah, semoga Tuanku sentiasa dilindungi Allah s.w.t. Ampun Tuanku.

  8. Ampun tuanku,patik dan sekalian rakyat malaysia mengharapkan tuanku memberi keadilan seadilnya kepada rkyat perak..patik dan bangsa melayu masih sygkan institusi sultan,harap tuanku pertimbangkan keputusan tuanku agar tidak menzalimi mana2 pihak..kembalikan hak rakyat,jgnlah tuanku menzalimi orang2 yang lemah..kami rkyat malaysia menjunjung daulat tuanku..semoga Allah merahmati tuanku dunia dan akhirat...DAULAT TUANKU!!..DAULAT TUANKU!!..takbir!!

  9. Semuga Tuanku tidak mempersia-siakan pengalaman semasa menjadi KETUA HAKIM dulu... Sudah lupakah??????

    Hakim yang adil diberkati ALLAH.... begitu juga SULTAN yang adil diberkati dan di sanjung tetapi Tuanku kena ingat sekiranya tindakan Tuanku berat sebelah dan kelihatan tidak adil,maka raykat akan hilang kepercayaan dan sanjungan pada Tuanku. Ingatlah tuanku bahawa kita hanya berkuasa didunia sahaja manakala di akhirat nanti tidak kira samada SULTAN atau RAKYAT ; sama sahaja di sisi ALLAH.

    Tuanku..rakyat terbanyak mahu tuanku membubarkan DUN sesuai dengan undang2 TUBUH negeri PERAK. Tuanku dah bersumpah semasa ditabalkan menjadi Sultan untuk Taat pada Allah dan mendukung perlembagaan Negeri Perak. Dengan ini saya MENDESAK Tuanku melaksanakannya. BUBARKAN DUN atau tunggu persidangan DUN untuk memecat MB. Semuga tindakan Tuanku tidak menyebabkan rakyat menghina Tuanku.

  10. Ampun tuanku beribu-ribu ampun, patik sekalian jelata mohon tuanku perkenankan pembubaran dun di perak, ampun tuanku

  11. Ampun Tuanku, DENGAN INI KAMI AMAT MENJUNJUNG KASIH TUANKU ATAS PERKENAN TUANKU UNTUK MENUKAR KERAJAAN DI PERAK DARUL RIDZUAN. PERKENAN DULI TUANKU ITU TELAH MENYELAMATKAN BANYAK HAK-HAK MELAYU DAN TELAH MENYELAMATKAN KESUCIAN ISLAM DARI DIGUNAKAN UNTUK KEPENTINGAN POLITIK DAN DIPERBODOHKAN OLEH BUKAN ISLAM.

  12. Ampun Tuanku....patik Api-Api ingin menyampaikan hasrat patik sebagai rakyat Malaysia yang mempunyai HAK untuk bersuara walaupun patik tidak pernah menjawat jawatan sebagai KETUA HAKIM NEGARA sepanjang hidup patik.

    Tuanku....memang dah ditakdirkan kuasa raja-raja di negara Malaysia tercinta ini telah di hadkan atau senang cakap memang dah tak ada kuasa langsung. Tapi patik tak salahkan Tuanku atau Raja2 dan Sultan2 yang lain kerana mungkin Tuanku2 sekalian ingin menjaga kepentingan diri sendiri daripada menjaga rakyat.

    Tuanku....bak kata pepatah 'Raja Adil, Raja disembah, Raja Zalim, Raja disanggah...' bukan niat patik untuk menyanggah Tuanku..tetapi mungkin kerana sifat Hang Tuah tak ada dalam diri patik yang ada hanya Hang Jebat yang derhaka kerana membela yang HAK dan melawan yang BATIL.

    Tuanku....sedar atau tidak (mana mungkin Tuanku yang BIJAK tak sedar!) Tuanku telah membelakangi RAKYAT dalam membuat keputusan tentang hidup mereka! bertahun2 RAKYAT Tuanku berusaha untuk mencari jalan yang LURUS..tetapi di sebabkan kebijaksanaan Tuanku maka hancur punah, bengkang bengkok lah jalan yang dah lurus tu..mmmm..tapi sekali lagi patik tak salahkan Tuanku sebab Tuanku bukannya 'Engineer' atau 'Project Manager'..cuma seorang bekas Ketua Hakim Negara yang kini hanyalah seorang RAJA TUA yang gah bersemanyam disinggahsana indah.

    Tuanku....patik tidak harapkan EMAS atau PERMATA sebab GAJI TUANKU,ISTANA TUANKU dan MAKAN MINUM TUANKU semuanya di taja oleh RAKYAT Tuanku yang HINA ini. Patik dan RAKYAT PERAK yang lain hanya mahu yang ADIL! hanya inginkan pembelaan dan hanya inginkan PILIHANRAYA semula!

    Tuanku...betul cakap Tuanku 'Sesungguhnya ALLAH bersama orang yang bersabar..' Patik faham Tuanku dah lama bersabar untuk mendapatkan peruntukan yang LEBIH kerana Kerajaan PR tidak mampu untuk memberi lebih seperti yang diharapkan Tuanku (maafkan patik..ini hanyalah pendapat patik) tapi kini Tuanku sudah boleh bergembira, berdansa, berpesta dan menyambut ulang tahun pemerintahan yang akan datang dengan lebih MERIAH tapi jangan lupa jemput patik ya! supaya patik dan rakyat2 yang lain dapat merasa 'Kemeriahan' tersebut.

    Tuanku...tidakkah Tuanku berasa bersalah? tidakkah Tuanku berasa malu? Rakyat bekerja keras untuk menyara Tuanku sekeluarga sehingga anak2 tuanku berjaya sedangkan anak2 rakyat Tuanku berlapar dan ketinggalan dalam pelajaran? Kalau patik jadi Tuanku dah lama Patik letak jawatan sebagai RAJA! tapi bukan niat Rakyat Tuanku memaksa Tuanku turun takhta..cuma mengharapkan yang ADIL dari Tuanku! Pulangkan HAK Rakyat untuk memilih Kerajaan sendiri! Tuanku tiada HAK menentukan takdir Rakyat! Tuanku jawab di akhirat nanti! kami akan tuntut bila sampai 'masa'!

    Ampun Tuanku beribu2 Ampun...maafkan kami kerana tidak lagi akan MENDOAKAN kesejahteraan Tuanku bila tiba setiap Solat Jumaat...maafkan kami kerana menderhaka kepada Tuanku...dan maafkan kami kerana sudah hilang rasa HORMAT pada Tuanku! Sekian.

  13. aslkm..ampun tuanku beribu ribu ampun.. hamba memohon maaf jika terkasar bahasa..cuma hamba mahu bgtau bubarkan saje dun perak..nanti barulah boleh tau samada siapa yang layak memerintah bn ataupun pr..barulah tiada gaduh gaduh.selagi itu tidak berlaku takut nanti ada sesuatu yang terjadi.JIka betul bn layak bn lah memerintah,jika tidak pakatan rakyat lah memrintah..apa yang susah sangat nya..KUASA RAKYAT PENENTU NEGARA.

  14. Raja adil raja disembah raja zalim raja disanggah. Kalau aku jumpa hang raja kapor aku baling dengan tin brek kapal. Dasar Keturunan lanun.

  15. Ampun Tuanku. Kindly do the right decision following the rule of law and the constitution of Perak. Call for DUN vote of no confidence against current PR MB and not just merely asking him to stand down. He is an elected people representative not someone you chose. Then Perakian can have an election to show you who has the majority!

  16. Tunggu ajelah di akhirat nanti,semua manusia sama,tak kira sultan atau rakyat..nak sembah,sembah Allah je,tak perlu sembah sultan

  17. walaupun sultan mungkin prnah jd hakim yg feymes, tp die tetap manusia. manusia tak lari drpd melakukan kesalahan. orang2 bn ni nak kata die perfect. hah! kalo perfect, itu mencabar kekuasaan Allah. manusia mempunyai nafsu yang goyah. iman yang lemah. so, tidak mustahil hakim yang adil boleh jd penipu. raja yang adil boleh jd zalim. pemimpin yang nmpak adil tp sbnarnya pembunuh!

    Tuanku, masih belum terlambat utk pulihkan keadaan. pedulikan sogokan dan ugutan bn. keadilan harus ditegakkan. masih belum trlambat utk bertaubat. rakyat sanggup memaafkan tuanku jika tuanku bertindak adil. bubarkan DUN.

  18. Your Royal Highness, I am a Perakian, born and raised in Ipoh but currently residing in Selangor. My parents and siblings are still residents of Perak. When I left my first message, I truly believed in my heard that my Sultan would do the right thing which is to allow the dissolution of state assembly so that the people of Perak could send a clear mandate.

    Your Royal Highness, I am shocked by your decision to not consider your subjects desire. I am also crying wondering if today is the day democracy died in Malaysia when the people's opinion no longer count.

    Your Royal Highness, Maybe you have your own decision on why you did what you did. I will however say this, I will never be able to understand any reasoning you may have to offer. I am deeply hurt by your decision and am afraid of future consequences that the people of Malaysia would have to face because of this.

    Your Royal Highness, I will continue to pray for every ruler and leader of this nation that they will have the fear of God in their heart. I also pray God will grant wisdom to every ruler and leader of this nation. Thank you for providing this space for me to share my opinion and may God bless you always, Tuanku.

  19. Mana boleh ini tragedi dah terjadi. RAKYAT dianiayi Sultan. RAKYAT bukannya yang derhaka. Sultan menderhaka kepada RAKYAT. RAKYAT tidak lagi respect Sultan yang tidak wajar akan implikasi action Sultan. Jikalau RAKYAT tidak lagi mempunyai suara untuk menentukan kerajaan negeri, RAKYAT tidak akan lagi menanjungi Sultan. Harap Sultan buka mata and lihat betapa sedihnya RAKYAT. Jangan menjadi pengecut and penakut kepada Najis and Bodohwi.

  20. RAJA JANGAN SAMPAI KE TARAF RAJAGOPAL SEPERTI KATA PRAMLEE DALAM LAKONANNYA.. SULTAN ALSETANNNN.... ANAKANDA TUANKU DR RAJA NADZRIN BERTITAH INGATKAN RAJA2 MELAYU APAKAH TUANKU LUPA .. PLEASE READ BELOW ARTICLE. Raja Nazrin: Ruler needs to be neutral and non-partisan.

  21. Salam... Ampun Tuanku... Patik memohon berbanyak kemaafan jika terkasar kata... Jika kita lihat perkembangan politik di perak sekarang tuanku... Mestilah melalui proses yg bijak... biar rakyat sendiri menjadi hakim... penentu siapa yg memerintah... dengan diadakan polihanraya... kalau bigeni kepusan semakain ramai rakyat malaysia tidak akan hormat dan patuhi undang2 selepas ini... negara akan banyak berlaku perkara yg tidak diduga2 dengan semakin ramai rakyat bangkit untuk membela hak2nya... Patik harap tuanku dapat pertimbangkan semula kepusan yg telah tuanku umumkan... dengan Mengubal Dun Perak... dan adakan pilihanraya... Patik bermohan berbanyak kemaafan...

  22. Ampun Tuanku sebab patik bersalah! Maafkan Tuanku sebab Tuanku Tersilap!. Alkesah sang katak dapat membentuk Kerajaan Perak darul Reduan.. amat memalukan Tuanku.. Kalu nanti esok Rakyat Panggil Negeri Ini dengan Panggilan Perak Darul Katak, Menteri Besar Katak, Kerajaan Katak, Exco Katak ... harap jangan Tuanku Murka. Kami Patik2 sekelian ingin membersihkan Katak2 dari Kerajaan Tuanku. Ampun Tuanku. Perkenankan Bubar Dewan Undangan Negeri Perak supaya Patik2 Rakyat dapat membersihkan Negeri Tuanku Dari Pelbagai Jenis Katak yang berqualiti Rendah dan murah. Ampun Tuanku Harap Perkenan Tuanku.

  23. Why must we respect a Sultan and his household who clearly no longer respects his subjects? As his son has said, "genuine nobility originated from the feeling of great respect that emerged out of true love based on the fine characteristics of the individual and not because of his rank, position, title or throne." In addition, "The height of the throne has never caused my father to ignore the welfare of his subjects; the fence surrounding the palace has never prevented my father from seeing the reality occurring in the state." GREAT WORDS, but all just hot wind now.It is not so much whether PR or BN governs Perak. Politics come and go, but the will of the Rakyat must be respected. Perak Royal household has disrespected the will of the Rakyat. The Rakyat has now lost confidence in the Sultan. This, if left unchecked will result in the erosion of the Sultan's esteem and may translate into the possible demise of a Constitutional Monarchy in Malaysia. It is already evident that the BN will pay the price in GE13. Perhaps Constitutional Monarchy will also feel the wrath of the Rakyat.

  24. Patik mewakili melebihi separuh rakyat malaysia harap tuanku buat keputusan dgn bijaksana tentang masaalah kerajaan perak... Patik lehat sekarng mood rakyat sudah berubah... jika tuanku buat kepusan mcm nie tengok lah negara diambang kehancuran dari semua aspek... pertamanya rakyat tidak lagi hormati titah tuanku... kuasa raja akan hilang di dunia hanya akan tingal nama dan sejarah saja seperti negara luar yg dulu pernah ada perintah kerajaan sekarang tingal sejarah saja... harap tuanku pertimbangan semula keputusanyg tlah tuanku buat... Dengan Digubalkan dewan undanagan negeri... Biar rakyat sendiri menjadi hakim... Menentukan siapa yg akan menerajui perak... Insyaallah Semua rakyat akan berpuas hati dengan cara ini... Wassalam...

  25. PERUTUSAN MURSYIDUL AM PAS MENGENAI ISU PERAK : RAJA DAN DEMOKRASI
    1. Menteri Besar dalam sesebuah negeri adalah mewakili rakyat dalam sesebuah negeri untuk disembah kepada Raja. Orang lain, walau PM sekalipun adalah orang luar. Kalau tidak begitu maka akan timbul bermacam-macam krisis dan huru hara. Ini termasuklah siri-siri jenayah dan pencolekan seperti yang berlaku ke atas Menteri Besar Terengganu, Daud Samad dan beberapa Wakil Rakyat di Negeri Kelantan di tahun 1960an.

    2. Status Institusi Raja akan terjejas di mata rakyat kalau Raja mendengar dan akur menerima nasihat (advise) dari orang lain. Di zaman Tun Dr. Mahathir, Institusi Raja terjejas teruk dan jangan-jangan ia terjejas lagi di kali ini. Ucapan saya ketika di Parlimen di masa itu antara lain berbunyi: “Orang politik akan menjadi Raja/Presiden di masa hadapan. Puncanya kerana peribadi sebahagian Raja-Raja itu sendiri

    3. Sistem Beraja tidak menjadi semakin bertambah. Hendaklah diingati benar-benar bahawa sistem Beraja semakin hari semakin berkurangan. Bertambah tidak. Dunia boleh saksikan sendiri bagaimana Raja Nepal di Katmandu, Sultan Hussein di Singapura, Hamingkubuwono di Indonesia, Sultan Kudrat di Filipina, Al-Malik Farouk di Mesir, Shah Iran di Iran, Maharaja China di Negeri China, Maharaja Yaman di Yaman, Iraq, India dan seluruh Benua Eropah. Kini, mereka hanya tinggal sejarah.

    4. Jadi, Institusi Raja di Malaysia perlu berhati-hati benar.

    5. Saya sayangkan Institusi Raja kerana saya tahu bahawa rakyat hormatkan Rajanya. Saya sendiri dapat merasakannya kerana saya sendiri juga daripada keturunan Raja Jembal. Selain daripada menghormati saya dari aspek-aspek yang lain khususnya dari hal agama, mereka hormat saya kerana saya juga datang dari keturunan ini.


    6. Tegasnya semua pihak perlu berhati-hati dalam menangani krisis yang cuba dicetuskan oleh pihak-pihak yang berkepentingan di luar dari Negeri Perak. Ingatlah, Allah Maha Berkuasa diatas segala sesuatu dan Allah tidak akan berpihak kepada pihak yang berbuat kezaliman. Sebaliknya, Allah akan menurunkan bantuan kepada mereka yang dikhianati dan mereka yang ditindas. Firman Allah S.W.T. bermaksud : “Maka orang-orang yang zalim itu dimusnahkan sampai ke akar-akarnya. Segala Puji Bagi Allah Tuhan semesta Alam.” (Surah Al An’aam: Ayat 45).

    Wallahua
    NIK ABDUL AZIZ BIN NIK MAT Mursyidul Am PAS

  26. Tuanku sanggup menyokong wakil2 rakyat yg dalm perbicaraan kes rasuah menjadi YB... Dan Bagi pemerintahan kepada kerayan yg rasuah, tadak hati perut, zhalim, gila kuasa memerintah negeri perak, dan tuanku sangup menjatuhkan kerajaan pakatn yg dibawah payung pembela rakyat, Rakyat tengok perkara ini adalh jijik... rakayat akan semakin membara benci kepada istana... semakin hari semakin banyak org akan benci pihak istana... kuasa istana semkain hari akan tingal nama dan sejarah saja... Patik Harap TUANKU FIKIR SEMULA APA YG TELAH TUANKU LAKUKAN... DENGAN ADAKAN SEMULA PILIHANRAYA... BIAR RAKYAT SENDIRI PILIH... DAN JADI HAKIM....

  27. Hamba rakyat Malaysia berasa kecewa atas keputusan tuanku. Semolek-moleknya tuanku berikan kuasa rakyat menentukan siapa yang berhak memerintah di Perak. Jaganlah tuanku percaya kepada najib kerana najib menjatuhkan kerajaan negeri Perak dengan menyogok ADUN. Hamba berharap tuanku boleh menukar keputusan tuanku dengan membubarkan DUN.Ini bagi menjamin masa drepan Perak yang lebih stabil, Sekian.

  28. Assalamualaikum warahmatullah hiwabarokatuh tuanku .. daulat tuanku .. YRH .. please allow me .. a humble chavelier of Allah s.w.t .. to share my 2 cents worth with you ..

    Absolute justice is realized by giving everyone higher due. A ruler is required to be fair in protecting his subject’s right. A ruler should consult its subjects regarding all affairs pertaining to their political, social and economic interests, allows them the chance to give their views and express themselves freely, and accept such views if they prove to be in the public interest. A ruler should not conceal himself from his subjects or lock his doors in their faces, nor should he look down upon them and place between himself and his subjects, mediators who allow some people in and debar others.

    YRH .. as you can see .. all of us god's creation .. the rakyat .. are just asking that you would consider your decision and .. would put your subjects best interest at heart .. May Allah s.w.t bless you and your family YRH and all of us .. insyallah .. Assalamualaikum warahmatullah hiwabarakatuh .. and god bless .

4 comments:

Anonymous said...

When free and fair elections which form the core of democracy is subverted to the interest of a few the result is usually disastrous. The younger Malays in Malaysia today are a lot more sophisticated than their parents or grandparents and they also expect a lot more from the government. There is a sincere belief among many of them that Islam will show the way to a just and equitable society.

Now, when the government kill off a religious and honest man like Nizar Jamaluddin it will also be killing the path through which the younger Malays can express their hopes and aspiration. Many younger Malays will see the fall of the PAS-led government in Perak to be the result of collusion between the Sultan and UMNO. To them, the Sultan as the head of Islam in their state has essentially destroyed the credibility of the Sultanate as the guardian of Islam in Perak. This perceived subversion of democracy may very well turn some of these Malays toward militant Islam. Muslim militancy in the world today is very much a result of unfairly denying Islamic political parties the right to participate in the
politics of a country through the ballot box. The negative results of such suppression of Islamic parties can be seen throughout the Arab world. Closer to home in south Thailand and southern Philippines we can see how Islam becomes a magnet drawing those dissatisfied with their governments into militancy.

The Malaysian government must remember that PAS is probably the cleanest party in Malaysia today. Their members are as a whole dedicated and religious. Killing a state administration led by one of their own which has tried its best to operate free of corruption may very well drive some of them into thinking that an armed struggle will achieve their hopes and aspirations. Unlike the Communist Party Of Malaya which which did not receive significant support from foreign communist, the Muslim militants will have a very large global network to draw upon for support. Malaysia which has largely been spared the ravages of Muslim militancy may see that changing even before the 13th GE. I hope I am wrong. May God bless Malaysia.

Fazrulls said...

Salam,

Kenapa sampai begitu sekali...???

Anonymous said...

Rakyat sekarang bijak dan berani bersuara. Rakyat tau mana yg betul mana yg salah. Allah bagi mata bukan utk dibutakan, Allah bg telinga bkn utk ditulikan... Dlm kes ni, rakyat berhak bersuara!

BN tu konon je kata pertahankan hak melayu..tu sume alasan. Sbnrnya diorg nak KUASA & sbb dah rasa malu bnyk kali dah kalah dlm pilihanraya, kat Permatang pauh & KT. Sbb BN lah, ramai org melayu hilang hak/keutamaan di Penang.

Rakyat skrg bkn hanya nak cari pemimpin pertahankan hak melayu malah yg boleh membina syariat Islam!!

Anonymous said...

Lawan tetap lawan. Malaysia tak perlu Sultan dan Raja. Hapuskan institusi ini. Pilih demokrasi!
Daulat Raykat!!!!