Friday 31 July 2009

Himpunan Mansuhkan ISA - 1 Ogos, 2009 (SABTU),Kuala Lumpur

UPDATE:
PAS has made it COMPULSORY for ALL of its members to participate in an anti-Internal Security Act (ISA) rally in Kuala Lumpur tomorrow, said its vice-president Salahuddin Ayub.

He added that the party’s spiritual leader Nik Abdul Aziz Nik Mat and president Abdul Hadi Awang have given the nod for the rally.

He also said the duo, who are Islamic scholars, had also decreed that the rally would NOT be haram or forbidden by Islam.

Read here for more
GERAKAN MANSUHKAN ISA (GMI)
akan mengadakan perhimpunan di ibu negara pada 1 Ogos, 2009 (Sabtu) ini sempena penyerahan memorandum kepada Istana Negara
menggesa supaya Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA)
dimansuhkan.

Tanggal 1 Ogos 2009 juga adalah tahun ke-49 ISA diluluskan Parlimen.


Kenyataan Umum Dari:

Kamaruzaman Mohamad
Setiausaha Dewan Pemuda PAS Pusat.
Timbalan Pengarah
Himpunan Mansuh ISA

" Sekretariat Himpunan Aman Mansuhkan ISA mengumumkan tempat berhimpun dan pergerakan himpunan (1 Ogos, 2009) seperti berikut:

1. Tempat berhimpun dan negeri-negeri berkaitan:

a. Sogo:
Peserta-peserta dari Perlis, Kedah, Pulau Pinang dan Perak

b. Masjid Jame Kuala Lumpur:
Peserta-peserta dari Kelantan, Terengganu, Pahang dan Wilayah Persekutuan

c. Masjid Negara:
Peserta-peserta dari Johor, Melaka, Negeri Sembilan dan Selangor.

(Peserta-peserta himpunan aman dikehendaki berkumpul mengikut negeri masing-masing)

2. Perarakan ke Istana Negara akan dimulakan tepat jam 2 petang untuk menyerahkan Deklarasi Rakyat membantah ISA

3. Semua peserta dikehendaki mengikut arahan pihak keselamatan (Jabatan Amal) yang berpakaian merah

4. Peserta digalakkan masuk awal ke Bandaraya Kuala Lumpur dengan meggunakan kenderaan awam untuk mengelakkan kesesakan


Related Article

Testimoni Anak Seorang Tahanan ISA
Petik Dari Harakah Daily



Nama saya Suhaib. Saya berusia 16 tahun.

Ketika bapa saya, Mat Sah Satray ditahan di bawah ISA pada 18 April tahun 2002, saya berusia 8 tahun 5 bulan.

Saya masih terlalu kecil dan tidak dapat mengingati semua peristiwa. Ketika itu saya sedang tidur, tetapi terjaga apabila beberapa orang polis masuk ke bilik tidur saya dan dengan kasar menyelak cadar, mengangkat hujung tilam, menarik rak baju, membuka serta menutup almari pakaian hingga mengeluarkan bunyi kuat yang membuatkan saya terjaga.


Umi, panggilan saya pada emak, mendukung saya dan diletakkan di sebelah abah yang ketika itu duduk di sofa di ruang tamu.

Aku menoleh ke arah Abah dan nampak kedua-dua tangannya bergari.

Aku menangis kerana terlalu takut melihat gari itu. Gambaran gari yang melengkar di kedua-dua belah tangan Abah amat sukar untuk hilang dari minda saya......


Agak lama juga POLIS menggeledah rumah kami.

Seorang wanita sibuk menyoal Abah dan Umi bergilir-gilir dan kemudian menulis sesuatu di atas kertas. Manakala lima orang lelaki yang lain, sibuk membuka rak buku Abah, mengeluarkan Quran dan buku-buku agama serta menyelak-nyelak setiap muka surat dengan pantas.

Saya tidak tahu, apa yang mereka cari. Tidak lama selepas itu, mereka membawa Abah masuk ke dalam van putih. Umi dukung saya dan kami berdua sempat melambai tangan kepada Abah. Sebaik sahaja van putih hilang dari pandangan, aku menangis lagi sambil memanggil-manggil Abah. Saya baring di riba Umi hingga tertidur...


Saya bagaikan melalui satu mimpi buruk di mana Abah dilarikan dari rumah oleh sekumpulan lelaki. Bila terjaga dari tidur, saya mencari Abah di semua bilik termasuk bilik air tetapi tidak ditemui. Saya mendapatkan Umi yang sedang membancuh minuman untuk bertanya tentang Abah, tetapi saya nampak Umi juga sedang menangis....

Saya asyik teringatkan Abah. Dari pagi saya tunggu Abah, tengah hari, hinggalah cuaca gelap dan masuk waktu maghrib, Abah masih juga belum pulang.

Saya mula menangis kerana rindukan Abah... Ketika itu telefon rumah berdering, saya dan Umi berlari ke arah telefon tetapi apabila gagang diangkat, tiada siapa yang bercakap di hujung talian....


Tujuh (7) Tahun Telah Berlalu

Peristiwa buruk itu telah berlalu tujuh tahun yang lalu, namun ianya sukar untuk hilang semuanya dari fikiran saya. Tujuh tahun lalu Abah saya dibawa pergi, hingga kini beliau tidak pernah balik ke rumah kami.

Pada tahun 2009 ini, maknanya hampir separuh usia saya membesar tanpa belaian kasih sayang, bimbingan dan sentuhan Abah walaupun beliau masih hidup. Saya membesar bertemankan barang-barang peribadinya seperti jam tangan, dompet, baju, seluar, kain pelikat dan buku-buku beliau.

Saya sekadar mengikuti nasihat dan kata-kata beliau melalui surat-surat kirimannya. Jika rasa terlalu rindu padanya, saya akan pakai baju, seluar dan kain pelikat beliau. Saya letak gambar Abah di dompet duit bersebelahan dengan gambar saya.


Umi akan memastikan kami melawat Abah sekurang-kurangnya dua kali sebulan. Namun waktu lawatan selama 45 minit itu jauh dari mencukupi untuk Abah menghilangkan rindu, memberikan bimbingan, tunjuk ajar serta melepaskan kasih sayangnya kepada saya.

Satu peristiwa yang tidak dapat dilupakan ialah ketika lawatan pertama ke Kem pada 24 Jun 2002. Setelah hampir tiga minggu tidak melihat Abah sejak pertemuan terakhir di Bukit Aman, saya rasa terlalu rindu kepadanya.

Kami berbual selama 45 minit dan di akhir pertemuan, Abah dibenarkan keluar dari bilik kurungan untuk bersalaman dengan saya dan Umi. Abah mengangkat, mendukung dan mencium saya berkali-kali.

Saya terlalu rindukan Abah dan apabila warden bertugas menyuruh Abah masuk kembali ke bilik kurungan, saya menangis dan tidak mahu melepaskan pegangan pada lengan Abah...


Bagaikan Binatang di Zoo

Sejak hari pertama penahanan Abah hinggalah di saat ini, saya tidak pernah berpeluang mengerjakan solat dan membaca quran bersama beliau. Saya tidak mengharapkan duit belanja atau keluar membeli belah kerana memahami semua itu tidak mungkin dapat dilakukan bersama.

Namun, satu perkara yang lebih memedihkan bermula pada bulan April 2005, kami keluarga tahanan hanya dibenarkan bertemu menggunakan interkom di sebalik dinding kaca lutsinar. Bila sahaja melihat Abah di sebalik cermin kaca, hati saya terasa hancur...

Ketika itu, saya teringat binatang di zoo yang diletakkan di dalam kotak kaca. Apakah dosa dan kesalahan Abah diperlakukan sedemikian rupa.

Sejak tarikh itu, setiap kali melawat Abah, saya hanya berpeluang bercakap melalui interkom dan duduk di sebalik kaca. Saya hanya dapat melihat wajah Abah, tetapi tidak dapat menyentuhnya...hati ini memang pedih yang teramat sangat.


Tujuh tahun saya dipisahkan dari Abah, namun tiada sebarang tanda beliau akan dibebaskan. Walaupun pada tahun 2009 ini ada dua pembebasan beramai-ramai yang mendapat tempat di dada media, namun nama Abah saya tiada dalam kedua-dua senarai pembebasan tersebut....

Perpisahan dengan Abah benar-benar membuat saya rasa rendah diri dan terpinggir. Saya terlalu ingin menjalani kehidupan harian bersama Abah. Saya ingin makan, berbual, bergurau senda dan melakukan pelbagai aktiviti harian bersamanya. Saya juga punya keinginan mempunyai keluarga yang lengkap, sama seperti orang lain.

Hingga kini saya tidak faham kenapa Abah saya, seorang yang pendiam dan mudah tersenyum, masih juga BELUM dibebaskan.

Saya tidak tahu apakah sebenarnya kesalahan beliau kerana tahanan ISA lain yang ditahan bersama Abah tujuh tahun dulu, hampir semuanya telah pun dibebaskan... namun Abah masih tetap dikurung di Kem.

Saya setuju dengan pendapat Umi bahawa Abah sepatutnya dibicarakan di mahkamah.

Kalau benar ada bukti menyatakan dia salah, sekurang-kurangnya hakim akan menetapkan, bilakah tarikh akhir dia menjalani kehidupan sebagai banduan.


Saya amat sedih mengenangkan kehidupan Abah dalam ketidakpastian selama tujuh tahun dan terus berlarutan.


Saya akan terus berdoa pada Allah supaya Abah segera dibebaskan...

*Testimoni ini ditulis oleh Suhaib Mat Sah, anak kepada tahanan ISA Mat Sah Satray. Mat Sah Satray ditahan sejak tahun 2002, dituduh terlibat dalam aktiviti Jemaah Islamiah, namun tidak pernah dibuktikan di mahkamah. Dipetik daripada blog merdekareview.

Reporter Tan Hoon Cheng - Ex-ISA detainee
(She was arrested under ISA simply for reporting the news about the racist Ahmad Ismail)
Read here for more: Press Statement from the Muslim Professionals Forum (MPF)


21 Jun 1960
Ucapan Tun Abdul Razak Husain,
Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Pertahanan,

ketika
Rang Undang-undang (Keselamatan Dalam Negeri) dibawa ke Dewan Rakyat
Tuan Yang Dipertua, saya suka hendak terangkan sedikit berkenaan dasar Rang Undang-undang (Keselamatan Dalam Negeri) ini.
Seperti Ahli-ahli Yang Berhormat ketahui bahawa Kerajaan bercadang hendak menamatkan darurat yang ada pada ketika sesudah 12 setengah tahun lama-nya iaitu akan tamat pada 31 haribulan Julai.

Oleh itu mustahaklah diadakan Rang Undang-undang termasuklah Rang Undang-undang Keselamatan Dalam Negeri atau Internal Security Bill.

Seperti yang telah diterangkan, kerap kali bahawa sungguhpun Darurat akan tamat pada 31 haribulan Julai ini, tetapi musuh iaitu pengganas KOMUNIS masih lagi ada di negeri kita di antara sempadan Tanah Melayu.

Sudah saya terangkan tadi lebih kurang 580 orang lagi pengganas KOMUNIS di sempadan Tanah Melayu dan barangkali 90 orang lagi ada dalam negeri Tanah Melayu. Jadi, mustahak-lah kita mengadakan satu undang-undang supaya dapat Kerajaan meneruskan serangan terhadap pengganas-pengganas KOMUNIS ini supaya dapat dihapuskan dengan seberapa segera.

Begitu juga oleh sebab musuh masih ada dalam negeri kita yang mana musuh itu disebabkan dan memikirkan yang mereka itu telah kalah dalam peperangan yang akan menjalankan seberapa usaha tenaganya dengan cara meresap subversif hendak menjatuhkan Kerajaan negeri ini dan hendak merosakkan keamanan. Oleh sebab itu, mustahak-lah kita mengadakan undang-undang bagi mencegah atau melawan anasir-anasir subversif itu.

Undang-undang atau Rang Undang-undang yang ada ini bertujuan satu bagi hendak menjalankan peperangan di sempadan antara Tanah Melayu dengan Siam supaya pengganas komunis akan dihapuskan dengan segera. Kedua, hendak mencegah anasir-anasir pengganas KOMUNIS yang ada dalam negeri ini yang menjalankan pekerjaan dengan cara meresap atau subversif.

Berkenaan dengan bahagian yang kedua Rang Undang-undang ini iaitu bagi melawan pengganas KOMUNIS di sempadan Siam, dan oleh sebab peperangan akan diteruskan maka terpaksalah diadakan kuasa-kuasa yang banyak sedikit pada pihak Kerajaan dan pihak tentera dan juga pihak Polis bagi menjalankan tugas mereka itu.

Oleh sebab itulah didapati bahagian yang kedua dalam Rang Undang-undang ini ada kuasa yang besar itu diberi setengah dari pihak Kerajaan dan pihak pegawai-pegawai tentera, akan tetapi kuasa itu hanya-lah boleh digunakan dalam kawasan-kawasan yang TERTENTU yang telah diisytiharkan menjadi security areas (kawasan keselamatan), dan Kerajaan hendak menjadikan di-kawasan sempadan Siam ia-itu kawasan-kawasan di sebelah utara negeri Perlis, sebelah timur negeri Kedah, di utara negeri Perak, dan sebelah barat negeri Kelantan.

Kawasan yang LAIN TIDAK akan dijadikan 'security area'.


Jadi, kawasan yang kedua dalam Rang Undang-undang ini akan digunakan dalam tempat yang tersebut sahaja. Berkenaan bahagian yang pertama dalam Rang Undang-undang ini sebagaimana yang saya katakan tadi bahawa kuasa yang dikehendaki itu supaya hendak mencegah anasir-anasir subversif yang ada dalam Tanah Melayu ini. Dan fasal yang mustahak sekali dalam bahagian ini ialah bahagian Fasal 8 berkenaan dengan kuasa hendak mempertahankan orang yang difikirkan merbahaya kapada Keselamatan dalam Negeri.

Saya suka terangkan di sini Kerajaan TIDAK suka hendak memberi perintah supaya seseorang itu ditahan. Akan tetapi oleh sebab difikirkan kadang-kadang mustahak kerana keselamatan negeri, maka terpaksa di-gunakan kuasa ini. Dan apabila seseorang itu telah ditahan, Kerajaan berusaha supaya mereka itu dapat dilepaskan dengan seberapa segera.

Semenjak tahun 1957 hampir 200 orang tahanan telah dikeluarkan, bagitu juga orang yang ditahan sekarang apabila Kerajaan berpendapat mereka itu tidak lagi merbahayakan kepada keselamatan negeri dan mereka itu benar-benar taat setia kapada negeri ini, mereka itu akan dilepas dan dibebaskan dengan saberapa segera. Jadi itulah caranya Kerajaan menjalankan kuasa yang ada di dalam tangan Kerajaan pada masa yang telah lalu.

Dan saya boleh memberi akuan kapada Dewan ini bahawa kuasa-kuasa yang akan diberi kapada Kerajaan akan digunakan dengan cermatnya dan dengan semata-mata memikirkan kepada kepentingan dan keselamatan negeri.

Oleh itu, saya harap Ahli-ahli Yang Berhormat akan memberi sokongan kapada Rang Undang-undang ini.

1 comment:

Anonymous said...

sebab bapa hang orang jahat sebab tu kena ISA.

ketua mafia, geng one nation pun mudah tersenyum.

accept that you are a bad breed in Malaysia. plz dont hesitate that coz in US also there are a lot of bad breed!