Thursday 11 September 2008

90 % Rakyat Malaysia di Semenanjung Adalah PENDATANG

Read here article by Syed Imran of "Kuda Ranggi" Blog

HIGHLY RECOMMENDED READING

for

ALL UMNO ULTRA Pseudo-MALAYS and Racist-prone WANNABE-MALAYS / "MELAYU CELUP"


Quote:

".... Ahmad Ismail tidak boleh menafikan hakikat bahawa datuk neneknya adalah pendatang dari INDIA untuk menerokai penghidupan yang lebih baik dan selesa di bumi bertuah ini.

Hampir SEMUA orang Melayu di sini berasal dari LUAR Tanah Melayu tetapi diiktiraf sebagai "Bangsa Melayu" oleh PERLEMBAGAAN Persekutuan.

Kita (yang dinamakan 'Orang Melayu' )adalah "Melayu mengikut takrifan Perlembagaan."

Kita tidak boleh menafikan bahawa sebilangan besar datuk nenek orang Cina telah berhijrah ke negeri ini semasa Kesultanan Melayu MELAKA, bahkan kesultanan-kesultanan terdahulu di KEDAH mahupun TERENGANU dan KELANTAN serta semasa Francis Light (Pulau Pinang).

Kita adalah kaum pendatang yang menumpang hidup di negeri ini.

Golongan yang boleh diiktiraf sebagai orang asal atau anak bumi tulen adalah mereka yang kita kenali sebagai Negrito, Jakun, Semang, Jahut, Orang Laut, Orang Darat, Senoi dan suku kaum masyarakat Asli lain yang masih menjadi penghuni belantara.

Kita semua adalah rakyat MALAYSIA...."
-Syed Imran



Antara Penumpang dan Pendatang

by

Photobucket Image Hosting

Syed Imran
(Syed Imran was born in Penang. He was formerly a journalist for Bernama (1971-1998) and former press secretary to Minister in PM's Department.)

Excerpts: Read here for more

Dalam zaman dunia tanpa sempadan dan liputan meluas dan segera oleh media elektronik antarabangsa, apa yang berlaku di sesebuah negara itu tidak dapat disembunyi atau dinafikan.

Isu pokok yang dibangkitkan oleh Ahmad Ismail membabitkan persoalan "menumpang" iaitu rakyat Malaysia keturunan Cina adalah penumpang di negara ini.

Beliau menjelaskan bahawa ia merujuk kepada zaman pra-Merdeka. Bagaimanapun, sensitiviti rakyat Malaysia keturunan Cina telah terguris.

Saya tidak mengenali secara peribadi Ahmad Ismail, tetapi kenal agak rapat dengan Allahyarham abangnya, Abdul Rahim Ismail, pemilik Syarikat Pembinaan Rahim yang pada satu ketika dahulu agak terkenal sebagai sebuah firma pembinaan Bumiputera yang unggul di Pulau Pinang.

Secara peribadi, saya TIDAK setuju dengan apa yang didakwa dikata oleh Ahmad Ismail atas beberapa sebab.

Bagi saya, hampir 90 peratus rakyat Malaysia, khususnya di Semenanjung, adalah pendatang dan kita semua sebenarnya menumpang hidup di bumi Allah.

Kita bukan pemilik kekal tetapi hanya menumpang.
  1. Saya sendiri adalah keturunan pendatang yang menumpang hidup di bumi bertuah ini. Datuk nenek di sebelah bapa saya berhijrah dari Makkah dan dari Brunei ke sini manakala di sebelah ibu pula dari Hadhramut, Yaman. Kami adalah pendatang dan penumpang sama seperti hampir semua penduduk negara ini khususnya di Pulau Pinang.

  2. Bagi Ahmad Ismail, dia juga datang dari keluarga pendatang dan menumpang hidup di negara ini. Ahmad Ismail tidak boleh menafikan hakikat bahawa datuk neneknya adalah pendatang dari India untuk menerokai penghidupan yang lebih baik dan selesa di bumi bertuah ini.

  3. Perdana Menteri Abdullah bin Ahmad juga tergolong dalam kategori yang sama. Datuknya di sebelah ibu adalah pendatang dari wilayah Guandong, China. Pendek kata, datuk Pak Lah iaitu bapa Allahyarhamah Kailan bernama Hassan Salleh atau Hah Su Chiang adalah seorang pendatang. Beliau berhijrah ke Tanah Melayu dari wilayah Guandong (Kwantung) pada pertengahan abad ke-19 dan menetap di Bayan Lepas sebagai pekebun getah, pesawah padi dan kemudian saudagar intan berlian.

  4. Najib Tun Razak, Timbalan PM juga berasal daripada keluarga pendatang iaitu dari Sulawesi, Indonesia atau lebih senang disebut orang Bugis

  5. Hishamudin Hussein tidak terlepas daripada darah keturunan Turki.

  6. Datuk nenek mantan PM Tun Dr Mahathir Mohamad juga pendatang dari Kerala, India

  7. Ibu Almarhum Tunku Abul Rahman berasal dari negeri Siam (Thailand).

  8. Kesultanan Melayu Melaka pun dibuka oleh orang pendatang dari Sumatra bernama Parameswara, seorang anak raja atau bangsawan beragama Hindu.

  9. Dalam sejarah kesultanan Melayu, kita dapati ada yang ditubuh oleh pendatang dari Bugis dan ada pula dari Hadhramut selain dari Minangkabau.

Iktiraf "Orang Melayu"

Hampir SEMUA
ORANG MELAYU di sini berasal dari LUAR Tanah Melayu tetapi diiktiraf sebagai "bangsa Melayu" oleh Perlembagaan Persekutuan.

Kita adalah "Melayu mengikut takrifan Perlembagaan" iaitu beragama Islam, mengamalkan adat resam Melayu dan bertutur dalam bahasa Melayu.

Malangnya, bahasa Melayu nampaknya dimatikan oleh orang Melayu (UMNO) sendiri apabila dinamakan sebagai bahasa Malaysia.

Oleh itu:
  • orang Arab seperti Syed Hamid Albar dan saya,

  • orang Aceh seperti Sanusi Junid,

  • orang India seperti Kader Sheikh Fadzir dan Nor Mohamed Yakcop ,(termasuk Ahmad Ismail dan Dr. Mahathir),

  • orang Bugis seperti Najib, orang Minang seperti Rais Yatim,

  • orang Jawa seperti Mohamad Rahmat dan

  • yang lain seperti dari Madura, Pulau Boyan, Siam, Burma, Yunnan (China) dan selatan Filipina

  • ...... diiktiraf sebagai "Melayu".
MEREKA diterima sebagai "Orang Melayu."

Tidak kira sama ada mereka bertutur bahasa Melayu atau tidak di rumah umpamanya:
- si Arab berbahasa Arab,

- si Jawa berbahasa Jawa dan

- si Minang berbahasa Minang atupun

- si Mamak berbahasa Tamil.
Bahasa-bahasa yang disebut itu BUKAN bahasa Melayu.

Jika dilihat dari sudut Perlembagaan Persekutuan, mereka TIDAK boleh diterima atau diiktiraf sebagai Bangsa Melayu.

Walau bagaimanapun, atas kepentingan dan faktor politik, semuanya diterima sebagai Melayu dan Bumiputera.

Tuduhan Orang Cina Sebagai Pendatang oleh Ahmad Ismail

Oleh itu, adalah TIDAK adil untuk menuding jari kepada orang Cina yang juga kaum pendatang sama seperti orang Arab, India, Aceh, Minang, Batak, Mandailing, Jawa, Madura mahupun Bugis, sebagai menumpang di negeri ini.

Kita tidak boleh menafikan bahawa sebilangan besar datuk nenek orang Cina telah berhijrah ke negeri ini semasa Kesultanan Melayu Melaka, bahkan kesultanan-kesultanan terdahulu di Kedah mahupun Terengganu dan Kelantan serta semasa Francis Light berjaya menipu Sultan Kedah untuk menduduki Pulau Pinang pada 1786.

Kita adalah kaum pendatang yang menumpang hidup di negeri ini.

Anak Bumi Tulen Sebenar

Golongan yang boleh diiktiraf sebagai orang asal atau anak bumi tulen adalah mereka yang kita kenali sebagai Negrito, Jakun, Semang, Jahut, Orang Laut, Orang Darat, Senoi dan suku kaum masyarakat Asli lain yang masih menjadi penghuni belantara.

Kita SEMUA Adalah Rakyat MALAYSIA

Kita tidak harus lupa akan sumbangan dan pengorbanan semua kaum dan suku kaum untuk membangunkan Malaysia sama ada dari sudut ekonomi, kemasyarakatan, keselamatan dan yang paling penting kesepakatan dan perpaduan.

Semua orang yang kena dan seharusnya membayar cukai, berbuat demikian tanpa mengira kaum atau asal keturunan, sama ada pendatang atau penumpang.

Kita semua adalah rakyat MALAYSIA.

1 comment:

pesarajalanan said...

saya setuju dgn pandangan saudara tetapi ada satu benda penting yg mungkin saudara sendiri tersilap tafsir atau menilai tentang pengiktirafan bangsa melayu. mmg dlm perlembagaan telah tertulis tentang pengiktirafan melayu selepas 'malaysia' ditubuhkan. tetapi bangsa melayu itu sendiri secara globalnya telah diiktiraf antarabangsa sebagai sebuah bangsa semenjak kesultanan melayu melaka lagi atau mungkin sebelum zaman itu lagi. ini terbukti sekiranya saudara sendiri melihat peta dunia dahulu kala di mana 'semenanjung malaysia' ini telah pun dinamakan sebagai 'tanah melayu'. ini adalah bukti yg kukuh di mana bangsa melayu sudah pun diiktiraf secara antarabangsa sebagai sebuah kaum dominan di rantau nusantara. jadi saya tidak setuju sekiranya dikatakan bangsa melayu adalah bangsa yg menumpang di bumi yg sememangnya tertera namanya sendiri. memang tidak dinafikan bangsa cina juga telah berkunjung ke bumi tercinta ini dr zaman kesultanan melayu melaka lg terutamanya kaum cina peranakan. tetapi kaum ini tidaklah seramai mana jika dibandingkan dgn kebanyakan kaum cina di sini yg rata2nya berasal dr kaum yg berhijrah ke negeri ini ketika penjajahan british di mana mereka bekerja di lombong2 bijih timah dan peniaga runcit. jadi bg saya datuk ahmad ismail tidak silap dgn apa yg dinyatakan cuma caranya menyampaikan agak bercelaru. sekian, wassalam.