Thursday 18 September 2008

Khir Toyo Yang Patut Ditahan ISA

by

Pakmomon

Read here on Tranungkite Online

Isu ISA kini telah kembali hangat. Seorang demi seorang ditangkap dengan sesuka hati pemerintahan negara kita. (Baca disini, Syed Azidi Syed Aziz/Shieh "Kickdefella" blog di tangkap semalam -17 Sept. 08)

Apakah kesalahan jelas yang dilakukan oleh mereka yang ditangkap?


  • Raja Petra hina Nabi S.A.W, ada bukti ke? Kenapa tidak dikemukan dalam akhbar harian? Bak kata alim ulamak kita, kalau kes hina Nabi, patut dibawa ke Mahkamah Syariah, baru kena tempatnya, bukan ISA.

  • YB Teresa Kok juga ditahan ISA, apa salah dia? Dia dah nafikan terlibat dalam petisyen azan, kenapa polis tidak siasat dulu SEBELUM tahan. Siapa sebenarnya yg berkehendakkan sangat dia ditahan? Kata DS Syed Hamid itu urusan polis, tapi bila kita baca betul2 dalam akhbar, itu atas kuasa Menteri Dalam Negeri, siapa MDN tu, bukan DS Syed Hamid ke?

  • Wartawan Tan ditangkap, apa sebenar salah dia? Takkan sebab masukkan fakta-fakta yang telah dikeluarkan oleh pimpinan BN pun salah. Sepatutnya yang salah ialah orang yang mengeluarkan kenyataan berbaur perkauman, bukan orang yang mendedahkan kenyataan tersebut. Pendedahan dibuat atas dasar demokrasi. Kalau itu pun salah, tak payahlah nak laungkan Malaysia negara berdemokrasi.
Kalau kita teliti betul-betul, yang patut ditahan ISA ialah Datuk Seri Khir Toyo!

Beliaulah yang telah membuat onar, membuat cerita sendiri, membuat fitnah ikut sesuka hati.

Cerita petisyen azan itu datang dari dia, bukan Teresa Kok.

Kalau Teresa Kok dah nafikan, sepatut polis siasat dahulu kes ini.

Sesudah siasatan, barulah kita tahu cerita sebenar, barulah tahan sesiapa yang patut.


Ahmad Ismail Juga Patut Ditahan ISA


Memetik kenyataan Tuan Guru Nik Aziz dalam akhbar Wasilah semalam,

    "... Kalau nak ikut undang2 kerajaan sekarang, Datuk Ahmad Ismail tu patut ditahan ISA.

    Tapi kenapa sekadar digantung keahlian sahaja?

    Ini kes negara, bukan kes parti.

    Beliau telah membuat kenyataan yang berbaur perkauman, itu dah dikira hasutan, patut dirujuk Akta Hasutan.

    Sebab itulah kita kena berbalik kepada ajaran Islam."

    No comments: