Monday 15 September 2008

Syed Hamid Albar - Bodoh Dan Tidak Layak Menjadi Menteri

Read here article in Gelanggang Minda-Medan Bicara

Menteri Dalam Negeri Akui Salahguna Kuasa?

Oleh

Ahmad Zaki Yamani bin Zainon

Apakah Tan Hoon Cheng bertindak mengancam keselamatan negara sehingga beliau ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri?

Ini adalah soalan pertama dan paling utama yang mesti dijawab SEBELUM pihak polis atau Menteri Dalam Negeri memerintahkan beliau ditahan tanpa bicara, meskipun untuk satu hari. Kenyataan Syed Hamid Albar bahawa Tan ditahan untuk menjamin keselamatan Tan adalah PENGAKUAN bahawa ISA telah disalahgunakan.

Kenapa Saiful Bukhari yang kononnya di bawah perlidungan polis untuk keselamatannya tidak ditahan di bawah ISA, sekiranya kenyataan Menteri ini diterima pakai?

Jika keselamatan Tan diancam maka beliau perlu diberikan perlindungan dan BUKAN diculik dan ditahan TANPA bicara.

Siapa yang mengancam Tan dan apakah tindakan yang telah diambil terhadap mereka? Bila polis akan menahan mereka yang membuat ancaman dan menghadapkan mereka ke mahkamah?

Kenyataan Syed Hamid ini menjadi bukti nyata beliau TIDAK mempunyai pengetahuan mencukupi mengenai proses undang-undang di negara ini dan TIDAK layak untuk terus menjadi Menteri Dalam Negeri.

Ini adalah satu lagi sebab yang kukuh untuk segera menukar kerajaan. Menteri-menteri yang bakal dilantik mesti mempunyai kelayakan yang secukupnya.

Malaysia tidak lagi boleh ditadbir oleh menteri-menteri BODOH yang tidak berpelajaran.

Kita mesti mempunyai kabinet yang mempunyai kelayakan akademik yang hebat seperti Singapura dan sebagainya.

Laporan Tan terhadap kenyataan perkauman Ahmad Ismail telah diakui oleh Majlis Tertinggi UMNO. Tetapi kenapa polis tidak bertindak terhadap Ahmad di bawah Akta Hasutan dan sebaliknya menahan Tan?

Perlu diingat bawah UMNO hanya sebuah parti politik dan tidak boleh bertindak selaku polis dan mahkamah!

Sebelum ini para pengamal rasuah dalam UMNO tidak disiasat oleh BPR kerana ia dinamakan politik wang dan UMNO sendiri yang menyiasat, membicarakan dan menghukum para perasuah. Kini UMNO juga mahu memainkan peranan yang sama dalam kes yang mengancam keselamatan dan keharmonian negara.

Ini adalah petanda jelas UMNO mahu menjadi diktator satu parti yang menghalalkan kedudukannya melalui pilihanraya yang dipenuhi penipuan, salahguna kuasa dan ugutan.


RELATED ARTICLE

Read article "Sept 16 Counter-Strategy" in Hikayat Puterabatu Blog

by

Amir Hamzah bin Amha

Excerpts:

I was flabbergasted when I found out that YB Teresa Kok was arrested close to midnight just now. Awestruck I then comprehended the situation. Ops Lalang II is underway.

So brother Ezam and Dr. Chandra (Muzaffar,) how have you been doing ? Revelling in the convenience of silence? Surely you will voice out against these detentions at this juncture to negate already massive perceptions of your bias to BN?

I personally want to see how Chandra explain this one!

And Ezam, takkan nak sokong tang BN lawan rasuah tiba-tiba pasai ISA hang nak dok diam kot? Bagi laa statement sikit.. awat? gigi taring tercabut ka? dah lupa masa kena ISA dulu?.

Nice tactic BN! Congratulations to the level 4 boys!

But remember this, your act of desperation will lead you further from being in power in the coming elections. It has a very price though, this desperate 'last resort' of yours have spelt your doom.

Notwithstanding the above, we the rakyat will wait for that single opportunity to throw you out.

We do not mind waiting for another 3 or 4 years for fresh new elections as we have already made up our minds.

This time around, time will not render us absent-minded.

No comments: